Kamera Perangkap Ekzos Bising

2440

Teknoloji terkini,Kamera mengambil gambar ekzos yang bising atau lebih dikenali Kamera Penguatkuasaan Hingar.

Idea ini akan diuji di Perancis, di luar lapangan terbang Paris Orly. Konsep kamera ini agak mudah.

Mikrofon yang dikalibrasi akan menangkap bunyi yang melebehi had yang ditetapkan di Perancis. Tanpa mengira bunyi tersebut datang dari motosikal,kereta mahupun trak.



Selepas itu kamera yang disambungkan secara automatik akan mengambil gambar kenderaan yang dikesan melebihi had bunyi tersebut.

No pendaftaran kenderaan tersebut akan dimasukkan dalam data polis.Tindakan seterusnya dalam masa yang singkat surat saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Saman tersebut akan dihantar mengikut alamat yang terdapat di pangkalan data polis. Sistem ini sama seperti sistem perangkap had laju kenderaan.

Alat tersebut terdiri dari empat mikrofon yang mengukur tahap decibel bunyi setiap sepuluh saat.

Pelan terkini adalah untuk kerajaan Perancis membuat percubaan selama dua tahun.

Melalui teknologi ini diharap akan memudahkan kerajaan Perancis mengubal undang-undang tahap bunyi yang dibenarkan bagi kenderaan.

Apa agaknya respon pengguna jalanraya di negara kita, andai tindakan yang serupa diambil oleh JPJ atau PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang tahap bunyi?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here