Peluang keemasan Adam Norrodin serlah kemampuan

1488

Peluang keemasan diperolehi Adam Norrodin apabila diberi kepercayaan menggantikan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi pada Grand Prix (GP) San Marino 15 September ini.

Adam Norrodin yang kini beraksi di Kejohanan Moto2 Eropah serta Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bukan asing dalam pentas Kejohanan Motosikal Dunia apabila pernah beraksi pada saingan Moto3 selama tiga musim bermula pada tahun 2016.



“Ia umpama mimpi jadi kenyataan. Banyak perkara baru saya perlu pelajari tetapi ia pasti sangat menarik. Sudah pasti saya gembira dapat kembali beraksi di Kejohanan Dunia kerana saya merindui situasi saingan di kejohanan itu,” katanya.

Peluang keemasan Adam Norrodin ini perlu dimanfaat sebaik mungkin olehnya kerana jentera PETRONAS Sprinta Racing yang akan dikendalikannya pasti sangat berbeza. “Fokus utama saya pada minggu perlumbaan itu nanti adalah memahami karakter jentera untuk bekalan pengalaman pada masa depan,” katanya.

Dilaporkan Khairul Idham Pawi atau Super KIP terpaksa menangguhkan hasratnya untuk melakukan penampilan semula di San Marino kerana masih belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kali kedua di tangan kanannya pertengahan bulan lalu.

Ia susulan kecederaan dialaminya ketika GP Sepanyol, Mei lalu yang menyaksikannya setakat ini terlepas beraksi sebanyak sembilan pusingan perlumbaan. Khairul Idham Pawi dijangka hanya akan beraksi semula pada GP Thailand 6 Oktober depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here