Petronas Syntium mampu buat enjin rasa seperti baru walaupun dilenjan

23859

Guna Petronas Syntium, siap masuk track day, naik Genting, layan Ulu Yam, enjin masih tiptop!

 



Adakah anda perasan bahawa prestasi enjin kereta anda menurun sedikit selepas 4 atau 5 tahun memandunya? Prestasi ini termasuklah kuasa yang diberikan dan tahap kecekapan penggunaan bahan api.

Normal untuk kuasa enjin menurun selepas beberapa tahun dan penggunaan bahan api yang lebih tinggi sedikit walaupun corak dan cara pemanduan anda sama.

Ini kerana komponen dalam enjin sudah berusia menyebabkan ada yang longgar, getah mengeras, besi yang berubah bentuk kerana perubahan suhu yang kerap dan sebagainya.

Selain penyelenggaraan berkala dimana kita menukar komponen-komponen enjin apabila sudah sampai masanya, minyak enjin juga memainkan peranan penting dalam memastikan enjin terus beroperasi di tahap optima.

Servis terkini pada Ogos 2019.

Minyak enjin atau minyak pelincir atau minyak hitam mempunyai fungsi utama untuk mengurangkan geseran dan kelusuhan komponen yang bergerak.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai agen pembersih dan penyejuk, iaitu membersih enjin dari mendapan dan memindahkan haba enjin ke bahagian lain.

Pengguna tegar Petronas Syntium

Penulis sendiri telah menggunakan Petronas Syntium sintetik sepenuhnya selama lebih lima tahun untuk Proton Satria Neo CPS R3 penulis.

Sejak mula memiliki kereta ini pada Mac 2014, enjin S4PH 1.6-liter hanya diisi dengan minyak pelincir Petronas Syntium kerana semasa diservis di pusat servis Proton, produk Petronas Syntium adalah pelincir rasminya.

Bacaan perbatuan terkini pada Ogos 2019 sebelum diservis.

Minyak pelincir jenis sintetik sepenuhnya (fully-synthetic) ini mempunyai kala servis setiap 6 bulan atau 10,000km (yang mana sampai dahulu).

Petronas Syntium 1000 yang digunakan di awal pemilikan kereta.

Beberapa tahun pertama, penulis gunakan Petronas Syntium 1000 15W-50, namun sejak 2017, penulis bertukar ke Petronas Syntium 3000 5W-40. Ini kerana Petronas telah memperkenalkan rangkaian baharu minyak pelincir mereka dan penulis rasakan enjin Satria Neo ini perlukan gred minyak yang lebih nipis.

Petronas Syntium 3000 yang diguna sejak 2017.

Tetapi walaupun selepas tamat jaminan dan kereta diservis di bengkel luar (biasa lah kan, dah habis waranti), penulis masih meneruskan penggunaan minyak enjin Petronas Syntium.

Oh ya, hanya ada sekali sahaja Satria Neo ini diservis dengan minyak enjin jenama lain pada awal 2018, itu pun sebab menang pakej servis percuma. Siapa nak tolak beb!

Lenjan masuk track, touge, dan pemanduan biasa harian

Sesi track day di Litar Antarabangsa Sepang sekitar 2016.

Untuk kaki track sejati atau yang masuk acara gymkhana, ada antara mereka yang siap menukar minyak enjin khas untuk aktiviti ini pada hari Ahad, dan menukar semula minyak pelincir biasa untuk ke pejabat keesokan harinya pada Isnin.

Litar Pekan Speedway, Pekan, Pahang sekitar 2014.

Ya lah, minyak enjin prestasi untuk pemanduan seperti track day memberikan perlindungan yang lebih untuk enjin, tetapi tidak diperlukan untuk pemanduan harian.

Kereta tak sampai sebulan, terus masuk track!

Untuk penulis pula, penulis hanya gunakan minyak enjin yang sama sahaja untuk semua pemanduan. Tapi ini tak bermakna penulis pandu santai-santai sahaja dalam track.

Dalam beberapa sesi track yang penulis sertai di Litar Pekan Speedway dan Litar Antarabangsa Sepang, penulis tetap ‘perah’ enjin hingga 6,000rpm sebelum upshift.

Untuk litar seperti Pekan Speedway, cabarannya adalah penyejukan dimana enjin berada pada pusingan tinggi 3,000 hingga 5,500rpm tetapi kelajuan agak rendah, sekitar gear 2 dan 3 sahaja kerana saiz litar yang kecil.

Jadi nisbah udara yang masuk ke sistem penyejukan mungkin kurang dari pemanduan biasa seperti kelajuan 100km/j dengan pusingan enjin di bawah 3,000rpm.

Untuk Sepang pula, sememangnya pemanduan adalah melebihi 3,500rpm untuk sepanjang hot lap. Gear ditukar selewat yang mungkin kerana kuasa puncak berada di hujung rpm (dan lebih syok sebab dalam litar). Apabila membrek dan downshift, rpm masih tinggi kerana berada di gear yang rendah untuk memasuki selekoh.

Penulis harus katakan tiada langsung masalah pada enjin semasa di beberapa sesi di litar. Enjin beroperasi pada tahap yang optima di kelajuan tinggi dan rendah, walaupun dengan penyejukan minima.

Apa yang mengehadkan catatan masa penulis di litar hanyalah suspensi, tayar dan pelapik brek. Maklumlah pakai suspensi stock, tayar Continental MC5 stock dan pelapik brek biasa.

Berehat di puncak Genting Highlands selepas touge. Foto sekitar 2016.

Untuk pemanduan touge pula, beberapa kali penulis menyertai kumpulan kecil untuk Sunday drive ke Genting Highlands melalui Ulu Yam. Walaupun enjin tidak ‘diperah’ ke tahap lebih tinggi seperti pemanduan litar, jalan ini tetap memerlukan enjin berada di pusingan lebih tinggi dari biasa, dan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Pemanduan ‘bersemangat’ yang berpanjangan juga memerlukan enjin berada dalam keadaan terbaik, dan ditambah pula dengan pendakian yang menyebabkan beban enjin bertambah. Satu lagi cabaran adalah tekanan atmosfera yang lebih rendah apabila berada di altitud lebih tinggi.

Penilaian terkini

Setelah lebih 5 tahun setengah enjin Satria Neo ini menggunakan Petronas Syntium, penulis harus katakan minyak pelincir ini memberikan perlindungan terbaik untuknya dan enjin Proton secara keseluruhan.

Dari gambar yang diambil sebelum minyak ditukar selepas 6 bulan dan lebih sedikit dari 11,000km, ia menunjukkan warna yang masih keemasan dan tidak terlalu gelap.

Ini bermakna dalaman enjin berada dalam keadaan bersih dan minyak itu sendiri mampu memberi perlindungan yang lebih lagi walaupun sudah sampai masa untuk diservis.

Satu lagi penilaian kecekapan enjin ialah dari segi kecekapan penggunaan bahan api semasa baru dan terkini. Semasa kereta baru diambil pada 2014, pemanduan lebuhraya boleh mencatatkan bacaan sehingga 14km/liter pada kelajuan 100km/j.

Dan baru-baru ini, kereta masih mampu memberikan sekitar 13km/liter untuk cara pemanduan sama. Tetapi ini habis baik lah yang penulis dapat. Sudah pasti kebanyakan masa lain kita tak dapat elak untuk pandu lebih laju selain keadaan trafik yang mengurangkan tahap kecekapan penggunaan bahan api.

Walaupun Petronas Syntium mungkin sedikit mahal dari jenama lain yang menawarkan perlindungan hampir sama, penulis tetap percaya dengan jenama pelincir ini dan paling penting, ia dibangunkan bersama Proton dan disarankan oleh pengeluar kereta nasional itu.

6 KOMEN

  1. Assalamualaikum & selamat petang..
    saya nk tanya petronas syntium 3000E 5w-40 pon ada fake jgak ke.?
    Saya nk nya jgak apa beza keluaran malaysia dan keluaran EU.?

    • Wa’alaikumussalam. Setahu kami memang ada fake. Pastikan saudara beli dari sumber yang sah seperti di Kedai Mesra dan pengedar bertauliah Petronas. Kami tak pasti pula perbezaan keluaran Malaysia dan EU. Maksud saudara kilang pengeluaran atau edisi untuk pasaran tu?

    • Lebih baik Petronas Syntium sebab enjin Proton dibangunkan dengan Petronas, dan diservis dengan Petronas.

      Tapi kalau Liqui Moly pun boleh guna asalkan sama gred.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here