
GWM Malaysia melancarkan kempen Raya 2026 dengan tema ‘Raikan Perjalanan Menuju Keredaan’.
Kempen ini meraikan setiap perjalanan yang merapatkan jalinan silaturahim, selain penghargaan untuk setiap pengorbanan dalam mencipta kenangan manis sempena Aidilfitri.
Kemuncak kempen ini adalah penghasilkan filem pendek GWM Malaysia – ‘Lebaran Keredaan’ – menceritakan kisah dua karakter, Faiz dan Rizal.
Mereka menjalani kehidupan dengan menggalas tanggungjawab, membuat pilihan dan berusaha memenuhi harapan keluarga dalam persediaan untuk menyambut Hari Raya.

Penggambaran berlatar sosio budaya di Malaysia, memaparkan kepentingan nilai keluarga dalam menjalani kehidupan, pengorbanan dan perjalanan pulang ke kampung.
Mereka menggunakan HAVAL H6 HEV yang digambarkan sebagai teman dipercayai, lambang keyakinan, keselesaan dan ketenangan minda ketika seisi keluarga pulang untuk menyambut Syawal bersama-sama.
Sambutan Aidilfitri kali ini juga adalah pencapaian penting untuk GWM Malaysia, di mana dengan penghantaran 6,000 HAVAL H6 HEV meletakkannya sebagai model hibrid kedua paling laris di Malaysia.
Sejak pelancaran model itu pada Oktober 2024, GWM HAVAL H6 HEV muncul bergaya sebagai kenderaan SUV hybrid yang menjadi pilihan kebanyakan keluarga di Malaysia.
Direka untuk pemanduan praktikal dalam dunia sebenar, model hibrid dengan pengecasan sendiri ini tidak memerlukan pengecasan luar dan menawarkan kadar pemanduan sehingga 1,000 km menggunakan satu tangki, amat sesuai untuk perjalanan pulang ke kampung.

Dengan 10 tahun waranti untuk enjin dan bateri HEV, di samping platform yang terbukti secara global dipercayai oleh lebih empat juta pemilik HAVAL H6 di seluruh dunia, kenderaan ini memberikan keyakinan jangka panjang dan pemilikan tanpa kebimbangan.
“Hari Raya adalah hari di mana setiap perjalanan mempunyai makna tersendiri.
“Sepanjang usaha kami menghantar 6,000 HAVAL H6 HEV ke seluruh negara, kami amat bersyukur di atas keyakinan rakyat Malaysia terhadap GWM.
“Melalui ‘Raikan Perjalanan Menuju Keredaan’ menggambarkan kepercayaan kami bahawa setiap perjalanan mesti dijamin daripada segi keselamatan, diyakini dan mampu memberikan ketenangan minda terutamanya ketika hendak meraikan hari-hari yang teristimewa.” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia.
Lebih daripada sekadar bilangan, pencapaian ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia menghargai teknologi yang telah diuji, keselesaan dan pemilikan tanpa kebimbangan.
Sebagai rakyat Malaysia yang ingin pulang menyambut Aidilfitri bersama yang tersayang, GWM Malaysia tetap jitu memberikan sokongan terhadap setiap perjalanan dengan jaminan, keyakinan dan komitmen bagi mencapai tujuan berbekalkan semangat untuk ‘Raikan Perjalanan Menuju Keredaan’.

GWM Malaysia turut menjemput seisi keluarga untuk sama-sama berkunjung ke Rumah-rumah Terbuka Raya pada 28-29 Mac dan 11-12 April, di mana para pengunjung boleh mencuba sendiri pengalaman pertama mencuba HAVAL H6 HEV dan terokai teknologi hibridnya di lebih 35 bilik pameran GWM seluruh negara.
Pelanggan yang menyertai kempen Tempah & Menang Raya 2026 (2026 Raya Book & Win) di antara 9 Mac dan 30 April (dengan pendaftaran kenderaan pada 31 Mei layak untuk memenangi hadiah-hadiah utama) berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif, termasuk percutian 3H2M di Desaru Coast, TV Pintar Samsung 65” Crystal UHD 4K, iPad Air 11-inci, Dyson Airwrap dan banyak lagi.
Semua ini sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini meriah dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan.






























