Utama Berita Automotif Pelancaran Tesla Roadster ditangguhkan untuk kesekian kalinya

Pelancaran Tesla Roadster ditangguhkan untuk kesekian kalinya

4

Setelah sekian lama, Elon Musk akhirnya mendedahkan tarikh baru pengenalan model Tesla Roadster generasi baharu yang akan berlangsung pada lewat April 2026. 

Musk membuat kenyataan itu di platform X ketika membalas ciapan mengenai ulang tahun pengeluaran Roadster pertama pada 2008.

Beliau menulis: “New Roadster unveil hopefully next month. It will be a banger next-level.”

 

Untuk makluman, Roadster generasi baharu itu pertama kali didedahkan pada November 2017, dengan janji produksi bermula 2020 sebelum ditunda ke tahun 2022, 2023, 2024, dan 2025.

Disebabkan selalu sangat bertangguh, Tesla Roadster sudah menjadi satu meme di dalam komuniti EV. 

Drama terbaharu Roaster ini sudah pasti mengecewakan ramai pihak, terutama mereka yang telah meletakkan wang deposit bertahun-tahun yang lalu. 

Malah, ada yang mendakwa mereka sukar untuk mendapatkan semula wang deposit setelah menunggu lebih tujuh tahun. 

Elon Musk dalam satu mesyuarat pemegang saham Tesla lewat 2025 menyebut sasaran pengenalan Roadster ini pada 1 April 2026 (April Fool), manakala tarikh produksi pula ditolak ke tahun 2027 atau 2028, 7-8 tahun lewat berbanding janji asal. 

Besar kemungkinan Roadster yang bakal didedahkan tahun ini menampilkan rekaan baharu, selari dengan pendaftaran tanda dagang yang dibuat oleh Tesla pada Februari lepas. 

Berdasarkan tanda dagang tersebut, Tesla Roadster generasi baharu mempunyai siluet yang lebih anggun berbanding model konsep yang diperlihatkan pada tahun 2017. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here