Empat tahun dilancarkan, Tesla Roadster masih terbang di ruang angkasa

1536

Elon Musk melancarkan Tesla Roadster ke angkasa menggunakan roket Falcon Heavy empat tahun lalu dilaporkan masih terbang di ruang angkasa.

Sebelum ini, Elon Musk memberikan bayangan bahawa Tesla Roadster akan ditawarkan dalam pakej SpaceX yang mana menggunakan roket sebenar pada kereta tersebut.



Bayangkan dengan tujahan kuasa udara berkemampatan tinggi daripada roket itu membolehkan Tesla Roadster terbang pada masa akan datang. 

Sebuah laman web iaitu ‘Where is Roadster?’ yang dikendalikan oleh Ben Pearson membolehkan orang awam mengesan kedudukan Roadster tersebut.

Untuk kedudukan terkini laman web  itu mendedahkan bahawa kereta itu berada dalam jarak 377 juta kilometer dari bumi dan bergerak ke arah jauh dari planet-planet lain dengan kelajuan 5,204kmj.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here