Utama Berita Automotif Toyota Cross HEV GR Sport ditawarkan pada harga RM148,800

Toyota Cross HEV GR Sport ditawarkan pada harga RM148,800

8

UMW Toyota Motor melancarkan Toyota Corolla Cross HEV GR Sport versi 2026 untuk pasaran Malaysia, dengan harga RM148,800 atas jalan tanpa insurans.

Senarai harga Corolla Cross Malaysia:

  • Toyota Corolla Cross 1.8 V – RM133,800
  • Toyota Corolla Cross 1.8 HEV – RM140,800
  • Toyota Corolla Cross 1.8 HEV GR Sport – RM148,800

Kemas kini versi GR Sport tidak terlalu ketara dengan bahagian hadapan menerima beberapa sentuhan baharu.

Antaranya rekaan gril sedikit diperbaharui, bampar hadapan disemak semula bersama pelindung bawah (skid plate) lebih ringkas untuk imej lebih sporty.

Di bahagian sisi, skirt badan mempunyai profil lebih jelas berbanding kemasan licin pada model terdahulu.

Bahagian belakang menerima gaya diffuser baharu serta skid plate dikemas kini bagi melengkapkan perubahan luaran.

Ciri luaran utama dikekalkan termasuk, lampu hadapan Bi-LED dengan isyarat membelok berjujukan, lampu belakang LED dan DRL LED, cermin hadapan akustik, cermin sisi lipat automatik – dengan fungsi undur, pintu but berkuasa dengan sensor kaki, rel bumbung, rim aloi GR Sport 18-inci serta lencana dan kit badan khas GR Sport. 

Bahagian dalaman pula, Corolla Cross GR Sport 2026 tampil garang dengan tambahan elemen merah lebih menonjol.

Sebelum ini hanya jahitan merah digunakan, kini kemasan merah turut menghiasi panel instrumen serta trim pintu.

Tali pinggang keledar juga berwarna merah, manakala logo timbul pada perehat kepala digantikan dengan sulaman emblem “GR”.

Sentuhan trim perak gelap baharu pula menaikkan aura sporty dalam kabin.

Kelengkapan lain termasuk paparan meter digital 12.3-inci, skrin infotainmen 10.1-inci dengan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar, sistem audio enam pembesar suara, pendingin hawa automatik dua zon dengan corong belakang, tempat duduk pemandu larasan kuasa 8 hala, tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 dan boleh laras sandar, empat mod pemanduan (Power, Eco, Normal, EV), brek parkir elektronik, pengecas tanpa wayar dan upholsteri kulit hitam dengan jahitan merah serta sulaman GR.

Dari segi mekanikal, tiada perubahan dilakukan. Model ini masih menggunakan enjin 1.8 liter NA empat silinder menghasilkan 98hp dan 142Nm, digabungkan dengan motor elektrik 72hp dan 163Nm.

Jumlah kuasa sistem keseluruhan 122hp, disalurkan melalui transmisi E-CVT.

Varian GR Sport turut mengekalkan talaan ECU khas serta suspensi lebih sporty untuk pemanduan lebih responsif.

Corolla Cross facelift ini mempunyai tujuh beg udara sebagai standard, serta pakej Toyota Safety Sense merangkumi:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintas Trafik Belakang (RCTA)
  • Isyarat Brek Kecemasan (ESS)
  • TPMS
  • Sensor parkir depan dan belakang

Varian GR Sport ditawarkan dengan tiga pilihan warna dua tona bersama bumbung hitam:

  • Platinum White Pearl
  • Red Mica Metallic
  • Dark Turquoise

Harga RM148,800 ini merangkumi:

  • Waranti kenderaan 5 tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti bateri hibrid dan komponen voltan tinggi 8 tahun tanpa had perbatuan
  • Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti bateri selama dua tahun lagi dengan bayaran RM2,950, menjadikan jumlah perlindungan sehingga 10 tahun.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here