Utama Berita Automotif Mitsubishi Xforce lepasi angka 1,000 tempahan dalam masa seminggu

Mitsubishi Xforce lepasi angka 1,000 tempahan dalam masa seminggu

13

Mitsubishi Motors Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan model Mitsubishi Xforce mencatatkan lebih 1,000 tempahan dalam tempoh satu minggu, sejak pra-pelancaran dan tempahannya bermula.

Sambutan ini membuktikan keterujaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap SUV kompak terbaharu keluaran Mitsubishi Motors ini.

Pelancaran rasmi model kompak ini dijadualkan pada awal April.

Sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan menggalakkan ini, Mitsubishi Motors melanjutkan Pakej ‘Early Bird’ Eksklusif kepada 1,000 pelanggan seterusnya yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi.

Pelanggan yang menempah Mitsubishi Xforce dalam tempoh lanjutan ini akan menikmati:

Rebat tunai RM5,000

Tiga kali servis upah percuma

Penyertaan dalam Peraduan ‘Beli 1 Percuma 1‘ – di mana pelanggan yang menempah sebelum pelancaran rasmi berpeluang memenangi sebuah lagi Mitsubishi Xforce Ultimate.

Reka Bentuk dan Prestasi

Mitsubishi Xforce menggabungkan reka bentuk berani dengan praktikaliti harian.

Menerima pengiktirafan oleh iF DESIGN AWARD 2024, karakter modennya yang tersendiri menonjol di jalan raya sambil memberikan keterujaan pemanduan melalui pengendalian unggul.

Dengan empat mod pemanduan yang boleh dipilih – Active Yaw Control (AYC), dan jarak kelegaan tanah 222mm yang terbaik dalam kelasnya – memberikan keyakinan merentasi pelbagai keadaan jalan.

Keselesaan dan Teknologi Dalaman

Di bahagian dalam, Mitsubishi Xforce menawarkan keselesaan mutlak dan kemudahan yang pelbagai.

Kabin yang luas dengan tempat duduk belakang yang boleh dilaraskan (8 tahap), Sistem Audio Premium Dynamic Sound Yamaha, Paparan Audio 12.3 inci dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, serta penyaman udara zon dwi nanoe™ X mewujudkan pengalaman pemanduan mewah.

Dilengkapi dengan ciri-ciri pintar seperti Pintu Belakang Kuasa dengan Penderia Kaki (Kick Motion), Mitsubishi Motors Safety Sensing (ADAS), 23 ruang penyimpanan dengan kotak penyejuk tengah, serta Monitor Seluruh Pandangan dengan penderia parkir – Mitsubishi Xforce direka dengan teliti untuk gaya hidup moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sambutan luar biasa terhadap Mitsubishi Xforce.

“Pencapaian lebih 1,000 tempahan dalam masa satu minggu adalah bukti kukuh keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama kami dan SUV baharu yang menarik ini.

“Pelanjutan Pakej ‘Early Bird’ adalah cara kami berterima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan dan semangat mereka.

“Dengan rangkaian pengedar di seluruh negara, kami sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar, daripada tempahan sehinggalah sokongan selepas jualan,” katanya.

Dengan pemasangan tempatan (CKD) Xforce, ia membuktikan lagi komitmen jangka panjang Mitsubishi terhadap Malaysia.

Mereka juga yakin Mitsubishi Xforce akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya dan terus memperkukuh kehadiran Mitsubishi Motors di pasaran.

Varian dan Harga

Mitsubishi Xforce ditawarkan dalam dua varian – Urban dan Ultimate, dengan harga anggaran bermula dari:

Urban – RM110,000

Ultimate – RM120,000

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here