
CHERY TIGGO 7 melakar rekod pencapaian baharu dengan muncul satu-satunya SUV jenama China menerima empat penarafan keselamatan lima bintang dari badan penilaian keselamatan automotif global.
Pengiktirafan itu diterima daripada Euro NCAP, ANCAP, ASEAN NCAP dan C-NCAP.
Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan reputasi model berkenaan sebagai antara SUV paling selamat dalam segmennya di peringkat global.
Skor Tertinggi ASEAN NCAP
Penghujung 2025, TIGGO 7 mencatat sejarah apabila memperoleh penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor 94.68 mata, iaitu markah tertinggi sejak program itu diperkenalkan pada 2011.

Model sama turut memperoleh markah penuh dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dan Bantuan Keselamatan, menjadikannya satu-satunya model plug-in hybrid yang menerima pengiktirafan ‘skor berganda’.
Sistem bantuan pemandu pintar L2+ turut dilengkapi ciri seperti pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang yang dioptimumkan untuk keadaan trafik Asia Tenggara.
Struktur Badan Kukuh, Teknologi Keselamatan
Dari segi keselamatan pasif, TIGGO 7 menggunakan struktur badan jenis sangkar penyerap tenaga, dengan lebih 61 peratus binaan menggunakan keluli berketumpatan tinggi.

Bahagian kritikal diperkuat dengan keluli terbentuk panas 1500MPa, selain dilengkapi lapan beg udara sebagai ciri standard.
Model ini turut menawarkan pelbagai teknologi keselamatan seperti:
- Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB)
- Sistem bantuan pemandu L2+
- Paparan 540 darjah transparent chassis
Amaran lintasan trafik belakang
Ditawarkan Dalam Dua Varian Di Malaysia

Di Malaysia, TIGGO 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu:
- Chery TIGGO 7 PHEV
- Chery TIGGO 7 PRO
Prestasi cemerlang model ini dalam program keselamatan global mencerminkan komitmen Chery dalam menghasilkan kenderaan menggabungkan teknologi moden dengan tahap perlindungan tinggi untuk pemandu dan penumpang.






























