Utama Berita Automotif BMW uji robot humanoid dalam kilang pemasangan kenderaan

BMW uji robot humanoid dalam kilang pemasangan kenderaan

5

BMW dilapor sedang menguji robot humanoid di barisan pengeluaran kilang Leipzig.

Ia merupakan sebahagian daripada program perintis baharu untuk meneroka keupayaan Physical AI – gabungan perisian kecerdasan buatan dan robotik dunia sebenar.

Robot yang dinamakan sebagai AEON ini dibangunkan oleh syarikat Hexagon untuk beroperasi di ruang yang sebelum ini memerlukan tenaga manusia.

Ia mempunyai sistem imbangan sendiri, bergerak menggunakan roda, dan lengannya boleh dipasang dengan pelbagai alat mengikut tugas.

Di kilang Leipzig, robot ini akan diuji untuk pelbagai tugasan pembuatan, termasuk pemasangan bateri voltan tinggi dan membantu pengeluaran komponen.

Buat masa ini kilang Leipzig hanya dikhususkan untuk pemasangan kereta BMW dan Mini.

Tidak mustahil satu hari nanti robot yang sama akan turut dikerah untuk memasang enjin boxer motosikal BMW Motorrad pada masa akan datang.

Ini bukanlah kali pertama BMW bereksperimen dengan robot humanoid.

Pada tahun 2025, BMW menguji robot Figure 02 di kilang Spartanburg, Amerika Syarikat.

Ujian percubaan tersebut mendedahkan robot mampu melakukan kerja berulang yang memerlukan ketepatan dengan selamat, dan membantu pengeluaran lebih 30,000 unit BMW X3 dalam tempoh 10 bulan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here