Utama Berita Automotif Program Honda Heritage Works bakal gembirakan pemilik Acura NSX generasi pertama

Program Honda Heritage Works bakal gembirakan pemilik Acura NSX generasi pertama

5

Ini merupakan satu berita baik buat para pemilik Acura NSX generasi pertama. 

Menerusi program Heritage Works, Honda akan mula menjual komponen dan alat ganti baharu bagi memastikan ikon era 90-an ini terus hidup dan kekal relevan di atas jalan raya. 

Honda akan menawarkan dua jenis komponen:

  • Genuine Honda Reproduction Parts — komponen yang dibina menggunakan bahan dan kaedah pengeluaran sama seperti komponen asal.
  • Honda Compatible Parts — komponen yang dibangunkan semula untuk menggantikan bahagian asal yang sudah tidak lagi dihasilkan.

Honda juga mengesahkan mereka sedang menilai model-model lain dari kedua-dua jenama Honda dan Acura.

Harga komponen belum diumumkan, tetapi ia boleh ditempah di pengedar Acura bermula musim panas ini.

Jika pemilik NSX mahu pergi lebih jauh, Honda turut menawarkan perkhidmatan restorasi penuh. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk NSX JDM generasi pertama, dan kosnya memang tinggi.

Perkhidmatan asas termasuk:

  • Servis penuh “engine-out”
  • Penggantian semua komponen yang perlu
  • Penggantian bahagian suspensi
  • Baik pulih komponen pintu
  • Penggantian semua getah dan meterai cuaca

Harga bermula sekitar US$70,000 (RM274,610).

Jika mahu lebih ekstrem, tambahan:

  • US$41,000 (RM160,843) untuk meleraikan kereta sehingga tinggal body-in-white dan mengecat semula
  • USD 23,000+ (RM90,229) untuk restorasi penuh bahagian dalaman

Mahal? Memang. Tetapi hasilnya ialah sebuah NSX generasi pertama yang hampir seperti baharu dari kilang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here