JAS Tensei: Projek restomod NSX NA1 oleh Pininfarina dan JAS Motorsport

2

Honda sebelum ini pernah bekerjasama dengan Pininfarina menghasilkan kereta sports konsep berenjin tengah HP-X yang menjadi batu loncatan untuk model NSX.

Kini, setelah lebih 40 tahun berlalu, Pininfarina mahu menghidupkan semula semangat NSX menerusi kerjasama dengan JAS Motorsport.

Projek restomod itu dinamakan sebagai JAS Tensei (bermaksud kelahiran semula), dan ia dilihat mengekalkan semangat dan imej ikonik NSX generasi pertama, lengkap dengan lampu pop-up, dan spoiler kekal di belakang.

Tidak seperti model asal, Tensei menggunakan binaan badan gentian karbon yang tampak lebih tegap dan lebar.

Di bahagian belakang, jarak trek roda juga lebih lebar sementara jarak overhang telah dipendekkan.

JAS Tensei akan dibekalkan dengan enjin asal bentangan V6 NSX yang ditala semula, lengkap dengan transmisi enam nisbah kelajuan dan pilihan konfigurasi pemanduan sebelah kiri dan kanan.

Buat masa ini, harga jualan masih lagi belum diketahui, dan pihak JAS Motorsport juga belum mendedahkan angka produksi sebenar untuk model ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here