Honda NSX (1991) odometer 91,000km untuk dijual, harga buka RM798k

965

Model legenda Honda ini bermula pertengahan era 80-an apabila pengeluar syarikat Jepun tersebut menjalin kerjasama dengan syarikat rekaan Itali, Pininfarina.

Hasilnya terbinalah sebuah Honda NSX yang berkonsepkan ‘Bona-fide supercar’. Awalnya dikenali sebagai HP-X yang membawa maksud Honda Pininfarina Experimental sebelum menggunakan nama NSX (New Sportscar experimental).



Honda NSX didatangkan dengan dua generasi yang mana pertama dikeluarkan antara  1990-2005. Manakala, produksi generasi kedua bermula 2017 sehingga kini. Pelanggan perlu menunggu 12 tahun menantikan kemunculan generasi baharu selepas sekian lama vakum di pasaran.

Jika anda mencari kereta sport legenda itu bolehlah mempertimbangkan model keluaran 1991 ini.

Menurut wakil jualan, Prestige Motocars kereta berkenaan dijual pada harga RM768,000. Syarikat tersebut hanya mencari pembeli serius dan tidak akan melayan sebarang tawaran tidak masuk akal mahupun sistem pertukaran.

Pelanggan juga tidak dibenarkan memandu uji kereta berkenaan dan urusan pembelian secara tunai sahaja. 

Honda NSX tesebut dipacu oleh enjin C30A 3.0 liter V6 VTEC yang menghasilkan kuasa 273hp dan tork 284Nm bersama transmisi manual 5-kelajuan. Secara total enjin ini mempunyai 6-silinder, 24 injap dan 4-aci sesondol. 

⁣Untuk mendapatkan berat yang ideal serta ketahanan yang baik, unit blok pembakaran enjin ini dibuat daripada alumunium dan Steel Cylinder Liners. Rekaan blok enjin ini adalah V 90 darjah. 
 
Dengan berat hanya 1380kg, pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.
 
Kabin NSX (1991) yang rare ini didatangkan dengan kemasan merah dan hitam pada bahagian kabin serta memiliki perbatuan 91,180km. 
⁣Berikut pengubahsuaian dan peralatan yang ditawarkan pada kereta sport berkenaan:
 
– Enjin 3.0 L V6 C380A (273hp/284Nm)⁣
– Dengan enjin 3.2 L V6 Brian Crower Race menghasilkan 560whp⁣
– Transmisi manual 5-kelajuan dengan klac OS Giken Sports 
– Kit depan Honda NSX Facelift (2002)
– Warna badan merah berkilat
– Kabin dengan kemasan kulit hitam
– Stereng lumba OMP Alcantara 
– Benson Sleeves Engine Block (dibina di Amerika)⁣
– ARP Head Studs⁣
– Lovefab Turbo Kit⁣
– Injektor 1,000cc 
– Nisbah gear NSX-R 
– Custom Coilover dengan Swift Springs⁣
– ATS LSD 02 ABS Upgrade⁣
– Komponen badan DF 
– NSX-R Spoiler Chassis Bar / STMPO Chassis Bar / OKUYA Bar⁣
Silicon Bushing⁣
– Kit brek NSX Specific Stoptech
– Meter digital Gaugeart 
– Kluster analog speedometer Spoon 
– Radiator kustom dengan teras tembaga
– Spal Fan dengan Custom Shroud⁣
– Pengurusan enjin G4+ EMS 
– Infotainmen Alpine AVH-Z5050BT dengan sambungan Apple CarPlay / Google Android 
– Rim 17 inci dan 18 inci ADVAN Model 5 Sport 
– Tayar Yokohama ADVAN Neova AD08R 
– Kamera undur Alpine
GALERI
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here