Anthony Loke menyamar tinjau servis LRT waktu puncak

1397

Dengan memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyamar sebagai penumpang menaiki LRT Laluan Kelana Jaya selama dua jam pada waktu puncak, petang tadi.

Anthony Loke menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut seorang diri tanpa ditemani pegawai kementerian mahupun kakitangan pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).



Menerusi perkongsian di akaun Facebook, belia mengakui situasi sesak dalam LRT ketika waktu puncak antara jam 5 hingga 7 petang dan tidak selesa buat penumpang.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan mengenai hala tuju dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana, minggu ini.

“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.
 
“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” tulisnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here