Keluar dari MU, Ronaldo pindah armada kereta bernilai RM2.7 juta ke Lisbon

2262

Kenderaan Cristiano Ronaldo menumbulkan ‘kekacauan’ di jalan raya di Lisbon pada petang Jumaat lalu iaitu beberapa jam sebelum Ronaldo bersama Portugal menentang Korea Selatan.

Atlet berusia 37 tahun itu memiliki kereta bernilai GBP500,000 (RM2.7 juta) yang dihantar ke ibu kota Portugal selepas dia meninggalkan Manchester United awal bulan ini. Ronaldo meninggalkan Red Devils dengan persetujuan bersama.



Bintang besar Portugis itu terpaksa mengosongkan rumah sewanya di Alderley Edge, Cheshire dan memindahkan armada keretanya termasuk Cadillac Escalade dan Bentley Flying Spur ke lokasi lain.

“Ketika pekerja penghantaran memindahkan kenderaan tersebut menimbulkan sedikit kekecohan kerana lori itu menghalang jalan dan menyebabkan trafik terhenti sebentar.

“Kemudian dapat dilihat Escalade dan Bentley keluar dari belakang dan mereka sangat menarik perhatian.

“Pekerja cuba menyelesaikan kerja secepat mungkin, tetapi kereta itu masih mempunyai plat British jadi agak mudah untuk mengetahui bahawa ia milik Ronaldo. Mungkin dia mahu membawa mereka pulang sementara dia merancang langkah seterusnya mengenai bola sepak,” kata salah seorang individu yang berada di lokasi berkenaan. 

Barisan kenderaan tersebut tiba di Lisbon selepas seminggu dikeluarkan di England. Kereta mewah milik Ronaldo itu dikeluarkan oleh valet kereta eksklusif di pinggir ibu kota Portugis.

Tidak jelas berapa lama kereta itu akan berada di garaj, dan walaupun mereka akan tinggal di Lisbon. 

Sebelum ini dilaporkan pihak Arab Saudi, Al-Nassr bersetuju dengan kontrak GBP173 juta (RM924 juta) setahun bersama Ronaldo.

Baca juga >> Bugatti Veyron Cristiano Ronaldo rosak rempuh tembok, mujur bukan dia pandu

Baca juga >> Ronaldo mahu jual jet peribadi Gulfstream G200, harga RM103.8 juta

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here