
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita sebuah Bentley Continental dalam Ops Khas Luxury di Jalan Tun Razak, semalam.
Dalam operasi itu, penguatkuasa mendapati pemandu terbabit bukan sahaja tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL), malah cukai jalan telah tamat tempoh dan mempunyai perlindungan insurans yang sah.
Pihak JPJ WPKL menegaskan akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
“Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” menurut kenyataan.


