
Pendirian politik memberikan kesan dalam menentukan sejauh mana kecenderungan pembeli terhadap sesebuah jenama.
Lebih-lebih lagi apabila jenama itu dikaitkan dengan individu yang gemarkan kontroversi – tidak lain dan tidak bukan Elon Musk.
Biarpun Tesla menyumbang kepada ribuan peluang pekerjaan di Gigafactory Berlin, kebanyakan pembeli kereta di negara itu tidak berminat terhadap jenama tersebut.
Satu kajian baharu menunjukkan lebih 75 peratus rakyat Jerman tidak mahu Tesla, 60 peratus pula “tidak mungkin” manakala 16 peratus lagi “mungkin tidak akan membeli walau satu pun EV Tesla“.
Jenama Tesla itu sendiri mengalami penurunan jualan sebanyak 27 peratus di Eropah pada tahun lalu.
Antara faktor yang mendorong kejatuhan tersebut adalah rata-rata rakyat di sana masih lagi berminat dengan kereta elektrik jenama tempatan.
Di Jerman itu sendiri, satu daripada lima kereta baharu terdiri daripada EV, dan 40 peratus reponded membayangkan mereka sendiri akan membeli EV buatan Jerman satu hari nanti.
Selain daripada itu, faktor pendirian politik Elon Musk itu sendiri turut membuatkan ramai pembeli Jerman menjauhkan diri daripada jenama itu.
Situasi sebegini memberikan peluang besar kepada jenama-jenama tempatan seperti BMW dan Mercedes-Benz untuk menonjolkan diri tanpa perlu bersaing dengan jenama Tesla.
BMW iX3 contohnya hampir habis dijual untuk tahun ini.































