
Satu berita mengejutkan datang dari pengeluar kenderaan elektrik terkemuka Tesla.
Bermula tahun ini, produksi bagi dua model EV iaitu Tesla Model S dan Model X akan dihentikan bagi memberikan laluan kepada penghasilan robot humanoid.
Menurut CEO-nya Elon Musk, kilang Fremont di California akan diubahsuai untuk pemasangan robot humanoid berskala besar Optimus akan datang.
“Kita sedang bergerak ke arah masa depan berdasarkan teknologi autonomi,” ujarnya.
Elon mengakui keputusan itu agak sukar, namun ia perlu memandangkan Tesla menyasarkan produksi tahunan berjumlah 1 juta unit bagi robot Optimus.
Satu fakta pahit yang perlu ditelan oleh para peminat Tesla ialah kedua-dua model itu sudah terlalu berusia.
Tesla Model S telah berada dalam produksi sejak tahun 2012 dan mendapat kemas kini besar-besaran pada tahun 2017.
Model X pula debut pada tahun 2015, namun ia tidak mendapat kemas kini yang signifikan sehinggalah lewat tahun lepas.
Produksi bagi Model 3, Model Y dan Cybertruck akan diteruskan.
Sepanjang tahun 2025, Tesla menjual lebih daripada 1.6 juta unit Model 3 dan Model Y berbanding 50,850 unit Model S, Model X dan Cybertruck.
Model S & X will live on through me pic.twitter.com/kNXx2eK1U2
— Tesla Optimus (@Tesla_Optimus) January 28, 2026































