Utama Berita Automotif Toyota dijangka jadi pengeluar nombor satu dunia enam tahun berturut-turut

Toyota dijangka jadi pengeluar nombor satu dunia enam tahun berturut-turut

5

Sejak tahun 2020, Toyota terus mengungguli carta jualan kenderaan di peringkat global.

Walaupun keputusan penuh bagi tahun 2025 belum diterbitkan, Toyota sudah pun ‘dinobatkan’ sebagai pengeluar nombor satu dunia.

Ini kerana Kumpulan Volkswagen baru sahaja mengumumkan prestasi jualan tahun lepas sebanyak 8.98 juta unit kenderaan.

Angka tersebut lebih rendah berbanding jumlah jualan global Toyota sepanjang tempoh Januari hingga November, iaitu sebanyak 10,327,976 unit.

Jumlah jualan bagi bulan Disember hanya akan diumumkan kelak, dan ia bakal melebarkan lagi jurang antara kedua-dua jenama tersebut.

Kumpulan VW mengalami penurunan jualan sebanyak 0.5 peratus, sementara jenama Volkswagen itu sendiri merudum sebanyak 1.4 peratus kepada 4.73 juta unit.

Audi turut mengalami penurunan angka jualan sebanyak 2.9 peratus kepada 1,623,551 unit.

Tahun ini bakal menyaksikan lebih banyak model menarik daripada Toyota yang mampu menyumbang kepada angka jualan yang lebih tinggi, seperti contoh Hilux baharu, Land Cruiser FJ, RAV4 generasi baharu serta SUV Wildlander untuk pasaran China.

Sementara itu, Hyundai dan Kia terus mendapat tempat di peringkat global, dengan peningkatan jualan sebanyak 0.6 peratus kepada 7.27 juta unit.

Pengeluar Korea Selatan itu menyasarkan angka jualan sebanyak 7.51 juta unit untuk tahun 2026.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here