Xiaomi dedah imej pertama sedan SU7, pesaing baharu Porsche Taycan dan Tesla Model S

268

Imej kenderaan jenama gergasi telefon pintar, Xiaomi SU7 didedahkan ketika sesi rakaman foto model itu di China.

Kenderaan elektrik (EV) dengan warna badan Azure Blue itu dilengkapi dengan kamera pada tiang B yang berkemungkinan berfungsi sebagai pengecaman wajah untuk membuka pintu.



Sedan tersebut dijangka bakal dilancarkan secara rasmi hujung bulan ini yang mana akan bersaing dengan Porsche Taycan dan Tesla Model S tetapi dengan tanda harga Xiaomi. 

Xiaomi SU7 sedikit lebih panjang berbanding Porsche Taycan iaitu 4,997mm, lebar (1,963mm) dan tinggi 1,455mm serta jarak roda 3,000mm.

SU7 itu didatangkan dengan dua trenkuasa iaitu : 

  • RWD dengan motor 220kW 
  • AWD dengan kuasa maksimum 495 kW (220 kW + 275 kW)

Dua pilihan bateri :

  • 73.6 kWh dengan berat 579kg dan jarak perbatuan 628km dan 668km (bergantung pilihan trenkuasa).
  • 101 kWh dengan berat 645.8kg dan jarak perbatuan 750km dan 800km (bergantung pilihan trenkuasa).

Sedan itu akan dikeluarkan di kemudahan BAIC Off-road Vehicle Co di Beijing. Xiaomi menyatakan telah memulakan pengeluaran percubaan bagi persediaan pemasangan rasmi bermula awal 2024.

Pada 5 Disember lalu, SU7 dikesan menjalani beberapa ujian prestasi di Litar Antarabangsa Zhejiang. 

Bagaimana pula dengan harga?, buat masa ini masih belum didedahkan yang mana berkemungkinan akan bermula dari CNY 190,000 (RM123,790). 

Syarikat telefon pintar itu mendedahkan hasrat menyertai industri pembuatan kereta hampir tiga tahun lalu pada Mac 2021 dengan nilai pelaburan CNY 10 bilion (RM6.5 bilion).

Perancangan untuk memperkenalkan model sulung pada separuh tahun pertama 2024 nampaknya berjalan lancar yang mana melibatkan 3,400 jurutera bagi membangunkan SU7.

“Saya datang ke dalam pembuatan kereta untuk menang,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here