Porsche Taycan Turbo S pecah rekod Tesla Model S Plaid di litar Nürburgrin

518

Porsche kembali merampas takhta sebagai kereta elektrik paling pantas di litar lumba Nürburgring Nordschleife apabila Taycan Turbo S berjaya memecahkan rekod dicatat Tesla Model S Plaid dengan perbezaan hanya 2 saat.

Taycan Turbo S yang dinaik taraf dan sedia untuk dijual itu mencatatkan masa 7 minit 33 saat untuk memecahkan rekod yang dicatatkan Tesla Model S Plaid di litar yang sama pada tahun lalu.

Porsche mengumumkan rekod itu pada Rabu lalu apabila Taycan Turbo S yang berharga £142,400 (RM772,000) dipandu Lars Kern.



Taycan Turbo S dilengkapi dengan kit berprestasi tinggi yang hanya didapati pada model yang dijual di Jerman.

Menerusi Porsche Tequipment, Taycan Turbo S dilengkapi sistem perisian casis yang diperbaharui, roda 21 inci dan tayar Pirelli P Zero Corsa.

Apabila overboost diaktifkan, Taycan Turbo S mampu menjana 750 kuasa kuda berbanding 650 kuasa kuda pada model Taycan Turbo yang pernah mencatatkan rekod terpantas pada 2019.

Selain dilangkapi dengan “roll cage” dan kerusi perlumbaan, semua ciri Taycan Turbo S adalah stardard kenderaan yang boleh dibeli di pengedar kereta itu.

Porsche berkata, berat Taycan Turbo S yang digunakan dalam ujian masa itu juga  sama seperti yang dijual di bilik pameran dan tiada pengubahsuaian pada sistem enjin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here