Ada parkir baru boleh beli kereta!

2189

Penduduk di bandar-bandar besar di Filipina kemungkinan diwajibkan mempunyai tempat letak kereta tetap yang sah sebelum mereka boleh membeli kenderaan.

Kongres Filipina pada 2018 pernah membentangkan usul Akta Bukti Tempat Letak Kereta di mana pembeli perlu menunjukkan bukti mereka mempunyai parkir yang sah sebelum boleh membeli kenderaan, namun usul itu tidak diteruskan.

Bagaimanapun, menurut laporan TopGear Filipina, baru-baru ini seorang lagi ahli kongres, Lord Allan Velasco memfailkan semula usul berkenaan dan dijangka dibahaskan di dewan rakyat negara itu.



Akta itu bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar besar seperti di Manila ini.

Akta itu bertujuan, untuk mengurangkan kesesakkan jalan raya dan pencemaran di bandar-bandar besar di Filipina seperti Manila.

Sekiranya akta itu dikuatkuasakan, seseorang itu perlu mengemukakan bukti mereka mempunyai tempat letak kereta tetap yang sah untuk kenderaan yang bakal dibeli.

Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pengguna yang melanggar peraturan atau meletakkan kenderaan mereka di tempat lain.

Pengguna yang didapati bersalah boleh didenda P50,000 (RM5,000), permit memiliki kenderaan mereka akan ditarik dan tidak boleh membeli kereta selama tiga tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here