Akibat suka hati keluar simpang, Hyudai langgar Lamborghini Huracan

575

Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila kereta Hyundai i40 yang dipandunya melanggar kereta mewah Lamborghini Huracan yang berharga £250,000 (RM1.35 juta) di Leeds, United Kingdom.

Dalam satu rakaman kamera keselamatan, menunjukkan pemandu kereta Hyundai i40 itu tiba-tiba keluar dari satu simpang sebelum melanggar bahagian sisi depan Lamborghini Huracan dari aras depan.

Perlanggaran itu menyebabkan kereta Hyundai i40 ternaik di atas bonet kereta Huracan berwarna putih berkenaan.



Bumper depan kereta Hyundai berkenaan kelihatan rosak dan tercabut manakala Huracan berkenaan mengalami kerosakan pada bonet.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu berlaku di persimpangan jalan Whitehall Road dan Dixon Lane di Leeds.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here