Pemuda 24 tahun menang RM20,000 Kejuaraan Esports Toyota GR Velocity

419

Pemuda berumur 24 tahun, Muhammad Iqbal Suji membawa pulang hadiah RM20,000 selepas menjuarai acara Kejuaraan Esports Toyota GR Velocity yang berlangsung di 1 Utama Shopping Complex baru-baru ini.

Dia mengalahkan sembilan lagi finalis menerusi tiga siri perlumbaan akhir di mana tempat kedua dimenangi Muhammad Uzair dan pemenang tempat ketiga Taj Izrin Aiman Taj Madira.



Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, Acara Toyota GR Velocity Exports Championship memberikan mereka platform yang ideal untuk mengembangkan dan mengeluarkan potensi penuh mereka, di mana ada yang beralih ke perlumbaan yang sebenar.

“Aktiviti perlumbaan yang dianjurkan oleh Toyota, baik di dalam litar sebenar mahupun di dalam talian adalah berkenaan memperkasakan impian individu dan mendorong mereka untuk berjaya,” katanya.

Pemenang utama Muhammad Iqbal bakal mewakili Malaysia untuk Toyota GAZOO Racing GT Cup yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pasific (TMAP) pada 2 Oktober ini bersama-Muhammad Uzair dan Taj Izrin Aiman.

Ketiga-tiga pelumba Malaysia ini juga turut berpeluang untuk mewakili negara untuk peringkat akhir global yang akan diadakan di Monaco pada 25 November ini.

Acara pusingan akhir itu turut menyaksikan empat perlumbaan khas yang menampilkan selebriti yang berlumba di dalam Vios Challenge, media, pelumba jemputan serta pelumba muda di dalam kelas Rookie Vios Challenge.

Perlumbaan selebriti itu dimenangi oleh Zizan Razak, diikuti Nabil Ahmad dan Shukri Yahaya, yang secara kebetulan juga menjadi tiga pencabar terbaik dalam Kelas Promosi siri perlumbaan Toyota GAZOO Racing Vios Challenge.

Ini adalah keputusan pemenang setiap perlumbaan yang diadakan:

Race 1
Litar: Autodromo Interlagos, Brazil
Jarak: 4.309 km
Masa: 15 minit
Jentera: Toyota GR Supra Racing Concept 591 bhp
Pemenang: Taj Izrin Aiman

Race 2
Litar: Autodromo Interlagos, Brazil
Jarak: 4.309 km
Masa: 30 minit
Jentera: Toyota GR Supra Racing Concept 591 bhp
Pemenang: Muhammad Uzair

Race 3
Litar: Spa-Francorchamps, Belgium
Jarak: 7.004 km
Masa: 40 minit
Jentera: Toyota TS050 Hybrid 1,000 bhp
Pemenang: Muhammad Iqbal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here