20 soalan popular sering ditanya kepada pemilik kereta elektrik

1754

Kereta elektrik kini semakin menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia tetapi jumlah kereta itu di Malaysia boleh dikira dengan jari.

Keadaan itu menyebabkan pemilik kenderaan elektrik sering menjadi `duta’ tidak rasmi orang ramai yang teruja kali pertama melihat kenderaan berkenaan yang bergerak tanpa menggunakan minyak.

Kereta elektrik keluaran Tesla yang sedang dicaj.

Menurut satu kajian di United Kingdom, lebih 50 peratus orang yang ditemui akan bertanyakan pelbagai soalan apabila bertemu dengan pemilik kenderaan elektrik.



Sekiranya berhasrat untuk membeli kereta elektrik, bersedialah dengan pelbagai soalan diajukan kenalan atau orang ramai apabila mengetahui kereta yang anda pandu itu tidak menggunakan minyak.

Di sini disenaraikan 20 soalan yang sering ditanya kepada pemilik kenderaan elektrik supaya anda bersedia dengan jawapannya.

1. Bolehkan ia dicaj di rumah?
2. Berapa lama masa diambil untuk dicaj?
3. Pernahkah kereta anda tersadai kerana tiada tempat untuk mengecaj?
4. Tak risau beteri habis ketika memandu?
5. Sekarang ini adakah anda perlu merancang perjalanan dengan lebih teliti?
6. Bolehkan menggunakan plug tiga pin biasa di rumah untuk mengecaj kereta?
7. Berapa jauh ia boleh bergerak sebelum dicaj?
8. Bila bateri lemah, adakah kereta bergerak lebih perlahan?
9. Adakah kereta ini lebih perlahan berbanding kereta petrol atau diesel?
10. Sekiranya kereta rosak, nak hubungi siapa untuk bantuan?
11. Anda gunakan kereta ini untuk perjalanan jauh?
12. Sekiranya anda membiarkan ia terus dicaj selepas bateri penuh, adakah bil elektrik akan meningkat?
13. Adakah selamat untuk masuk ke dalam mesin cucian kereta automatik?
14. Bolehkan orang mendengar suara anda di luar kerana tiada bunyi enjin?
15. Perlukah lesen memandu khas untuk kereta ini?
16. Masih perlu diselenggara setiap bulan?
17. Bolehkah kereta dicaj ketika cuaca hujan atau petir?
18. Adakah bateri perlu diganti setiap lima tahun?
19. Berapa besar saiz bateri kereta anda?
20. Bolehkan kereta ini dipandu di dalam hujan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here