Lelaki menang saman syarikat kereta api selepas 22 tahun turun naik mahkamah

849

Perjuangan seorang peguam di India selama lebih 22 tahun yang menyaman syarikat kereta api kerana dikenakan caj RM2 lebih dari harga asal tiket akhirnya berbaloi apabila dia berjaya memenangi kes berkenaan baru-baru ini.

Tungnath Chaturvedi, 66, berang akibat terpaksa membayar harga tiket yang lebih mahal pada 1999 dan menyaman syarikat kereta api milik kerajaan berkenaan.

Tungnath Chaturvedi

Chaturvedi membeli 2 tiket berharga RM4 bagi perjalanan dari Mathura ke Morabadad di stesen kereta api Kantonmen Mathura di Uttar Pradesh.



Bagaimanapun, kerani tiket di stesen itu sengaja mengambil RM2 dari baki yang sepatutnya dan enggan memulangkannya.

Selepas 22 tahun dan menghadiri lebih 100 kali perbicaraan, mahkamah pada minggu lalu mengarahkan syarikat kereta api itu membayar semula harga tiket berkenaan termasuk faedah berjumlah RM15.71 dan pampasan RM837.

Chaturvedi berkata, keluarganya beberapa kali memujuknya untuk tidak meneruskan saman berkenaan kerana ia memakan masa terlalu lama.

“Saya turun naik mahkamah selama 22 tahun dan menghadiri lebih 100 perbicaraan. Tenaga, masa dan wang yang dihabiskan memang sangat besar.

“Tetapi, ini adalah perjuangan menentang ketikadilan dan rasuah, jadi ia sangat berbaloi,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here