“King” bakal ronda jalan raya!

775

Teka-teki mengenai kereta Perodua Myvi menjadi kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya terjawab apabila sebuah syarikat aksesori kereta memberitahu kenderaan itu bakal digunakan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini tular di media sosial gambar beberapa kereta Myvi dengan grafik polis peronda diturunkan daripada treler pengangkut.

SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE) dalam laman facebook mereka memberitahu, syarikat itu mendapat kontrak untuk memasang lampu strob bar dan sistem siren untuk lima buah kereta Myvi berkenaan.



Syarikat berkenaan yang beroperasi di Banting, Selangor turut memuatnaik gambar kereta tersebut dengan pelekat tertera daerah Ulu Yam Bahru dan Serendah.

Menurut SMOE, kesemua Myvi dengan grafik peronda polis tersebut adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat Perodua bersama PDRM.

Perodua Myvi berkenaan, yang berwarna perak lengkap dengan tulisan Perodua dikatakan bakal digunakan sebagai tugasan rondaan ringan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Perodua mahupun PDRM mengenai penggunaan kereta berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here