Baidu dapat kebenaran tawar perkhidmatan teksi tanpa pemandu di China

328

Gergasi Internet dan pengeluar kereta China, Baidu mendakwa, berjaya mendapatkan permit untuk menawarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu di jalan awam di negara itu.

Naib Presiden yang juga Pegawai Keselamatan Operasi Kumpulan Pemanduan Pintar Baidu, Wei Dong berkata, perkhidmatan teksi e-hailing tanpa pemandu yang dikenali sebagai Apollo Go itu mendapat kebenaran untuk beroperasi di bandar-bandar di daerah Chongqing dan Wuhan.

“Ini adalah perubahan yang sangat besar. Kita akhirnya tiba di satu masa di mana Kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya bergerak di jalan raya membawa penumpang. Ini adalah saat sangat dinanti-nantikan oleh industri.



“Kami percaya permit ini adalah satu langkah penting yang membuka jalan untuk industri yang akhirnya menawarkan perkhidmatan pemanduan tanpa manusia secara penuh,” katanya.

Baidu mendapat permit itu daripada agensi kerajaan di Wuhan dan daerah Yongchuan di Chongqing.

Syarikat itu memberitahu, kedua-dua bandar berkenaan, memulakan projek pengangkutan pintar sejak beberapa tahun lalu termasuk membangunkan infrastruktur dan juga mengubal undang-undang baru untuk kenderaan autonomi.

Baidu tidak menyatakan tarikh sebenar bila perkhidmatan itu akan dilancarkan tetapi memberitahu sebanyak lima buah teksi tanpa pemandu akan beroperasi di setiap bandar dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here