Identiti politik Elon Musk punca persepsi negatif awam terhadap EV

170

Satu kajian yang baharu sahaja diterbitkan di dalam Humanities & Social Sciences Communications mencadangkan persepsi negatif awam terhadap EV sebenarnya berpunca daripada Elon Musk.

Data daripada hasil tinjauan yang dibuat pada Ogos 2023, November 2023, May 2024, Julai 2024 dan Mac 2025 itu dianalisa untuk melihat sama ada persepsi umum terhadap CEO Tesla itu memberikan kesan kepada keinginan terhadap kenderaan Tesla dan EV yang lain.

Dari sudut pandang sejarah, EV sememangnya popular di kalangan pengguna berhaluan kiri, yang menerangkan kenapa Tesla menjadi sangat popular di California.

Kajian pertama terhadap 633 orang dewasa mendapati pengundi liberal positif tentang idea untuk membeli EV, manakala puak konservatif berpendapat sebaliknya.

Kajian kedua juga mendapati insan yang konservatif tidak akan cenderung untuk membuat pembelian EV.

Namun begitu, keadaan telah berubah apabila sokongan umum terhadap EV di kalangan pengundi liveral terhakis apabila Elon Musk berterusan merosakkan reputasinya.

Menurut pengarang utama Alexandra Flores memberitahu The Guardian, pengaruh Elon Musk terhadap persepsi EV adalah amat luar biasa.

“Elon Musk telah menjadi terlalu sinonim dengan EV di Amerika Syarikat, sehinggakan persepsi terhadap beliau memberikan kesan besar kepada keseluruhan segmen tersebut.

“Ini menyebabkan (EV) kurang menarik di mata liberal – beliau (Elon Musk) benar-benar menyeret ke bawah persepsi EV secara umum.”

Beliau menambah, pada mulanya para penyelidik menjangkakan sokongan liberal terhadap EV akan kekal.

“Namun dari masa ke masa, pihak konservatif tetap kekal dengan pendirian yang tidak berminat terhadap EV dan Tesla.

“Pihak liberal pula kini tidak berminat untuk membeli EV,” ujarnya lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here