Utama Berita Automotif Honda & Sony hentikan pembangunan Afeela 1

Honda & Sony hentikan pembangunan Afeela 1

4

Sony pernah mengejutkan dunia automotif apabila tampil di CES 2020 dengan sebuah sedan elektrik, kemudian setahun selepas itu memperkenalkan pula sebuah SUV.

Gergasi teknologi itu kemudiannya bergabung dengan Honda pada 2022, menubuhkan usaha sama Sony Honda Mobility (SHM) untuk membawa konsep‑konsep tersebut ke fasa produksi.

Namun kini semuanya terbatal — baik sedan mahupun SUV itu tidak akan dipasarkan langsung.

Pembangunan kedua‑dua model dihentikan serta‑merta, susulan tindakan Honda sendiri yang membatalkan dua model EV mereka serta Acura RSX.

Dalam kenyataan bersama, Honda dan Sony menjelaskan bahawa perubahan besar dalam strategi EV Honda turut memberi kesan kepada model‑model berjenama Afeela yang dirancang untuk SHM.

Bukan itu sahaja, kedua‑dua syarikat turut akan “menilai semula hala tuju perniagaan SHM.”

Walaupun kenyataan itu kedengaran suram, Sony dan Honda menegaskan mereka tidak berpisah. Mereka merancang untuk mengumumkan “penentuan jangka sederhana dan panjang, serta sumbangan terhadap mobiliti masa depan” secepat mungkin.

SHM pada asalnya merancang untuk memulakan penghantaran pelanggan bagi Afeela 1 hujung tahun ini.

Varian pelancaran ialah Signature berharga US$102,900 (RM411 ribu), diikuti varian lebih mampu milik Origin pada US$89,900 (RM359 ribu) yang dijadualkan tiba pada 2027.

Namun semua perancangan itu kini berkubur. Lebih mengejutkan, pra‑pengeluaran sudah pun bermula di kilang Honda East Liberty Auto Plant di Ohio — menjadikan pembatalan ini satu tamparan besar kepada usaha sama yang baru berusia kurang empat tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here