
Pasaran SUV hari ini memang semakin sengit. Namun dalam lambakan pilihan, terdapat model yang berjaya meraih populariti dan tidak sukar untuk menemuinya di atas jalan raya.
Antara model yang mendapat perhatian ialah Chery 05 dan Chery TIGGO CROSS.
Penawaran dua model tersebut menjadi lebih menarik dengan promosi rebat bulan Mei yang sedang berlangsung ketika ini.
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan SUV baharu, ini mungkin antara tempoh paling sesuai bagi memilikinya.
Untuk Chery 05 model tahun 2025, Chery kini menawarkan rebat sehingga RM8,888, manakala model tahun 2026 menerima promosi sehingga RM5,000.
Sementara itu, Chery TIGGO CROSS pula hadir dengan rebat sehingga RM7,888 bagi model tahun 2025 dan sehingga RM5,000 untuk model tahun 2026.
Chery 05 Facelift dengan Transmisi DCT baharu
Sewaktu pertama kali diperkenalkan pada Julai 2023, Chery OMODA 5 atau kini dikenali sebagai Chery 05 berjaya menarik perhatian dengan reka bentuk menyerlah dan membawa imej yang segar di dalam sejumlah penawaran SUV.
Tidak menunggu lama, versi facelift menyusul pada September 2025 dengan beberapa perubahan meragkumi gayaan, mekanikal dan pengendalian.
SUV ini kekal digerakkan enjin 1.5 liter turbo empat silinder dengan kuasa 156 PS dan 230 Nm tork.
Enjin itu dipadankan bersama transmisi klac berkembar basah enam kelajuan (6DCT) berbanding CVT pada model terdahulu.
Turut berbeza ialah suspensi pelbagai pautan yang menggantikan torsion beam.
Chery 05 ditawarkan dalam varian tunggal dan berharga RM116,800 atas jalan tanpa takaful.
Untuk harga tersebut, pembeli turut menerima:
- Waranti tujuh tahun atau 150,000 km
- Servis buruh percuma selama lima tahun
Dari sudut kelengkapan pula, Chery 05 hadir dengan beberapa ciri premium seperti:
- Sistem audio premium Sony dengan lapan pembesar suara
- Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- Kamera panoramik HD 540 darjah
- TPMS
- Cermin akustik
- Pintu but bebas tangan
TIGGO CROSS Bergaya dan Berkuasa
Buat pelanggan yang selesa memandu SUV kompak, Chery TIGGO CROSS turut hadir dengan pakej yang menarik.
Model pemasangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Turbo dan Hybrid, dengan varian Turbo dijual pada harga RM88,800 atas jalan tanpa takaful.
Model Turbo menggunakan enjin 1.5 liter yang menghasilkan 147 PS dan 210 Nm tork, dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan.
Dalam mod Sport, SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.3 saat.
Antara ciri yang ditawarkan termasuk:
- Paparan berkembar 20.5 inci untuk kluster meter dan maklumat hibur
- Pengecas telefon tanpa wayar 15W
- Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- Kamera panoramik HD 360 darjah
- Pendingin hawa automatik dua zon dengan paparan skrin ketiga
- Corong pendingin hawa belakang
TIGGO CROSS turut didatangkan dengan waranti tujuh tahun atau 150,000 km.
Masa Sesuai Untuk Lihat Sendiri Tawaran Chery
Spesifikasi dan senarai ciri sememangnya penting, namun sesi pandu uji tetap menjadi cara terbaik untuk memahami karakter sebenar sesebuah SUV.
Dengan promosi rebat Mei yang sedang berlangsung ketika ini, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Chery berhampiran untuk melihat sendiri ciri yang ditawarkan pada Chery 05 dan TIGGO CROSS serta mencuba pengalaman pemanduannya.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi bagi model tahun 2025 dan 2026 adalah berbeza mengikut varian dan stok semasa.
Chery 05
Chery TIGGO CROSS








































