Utama Berita Automotif Suzuki V-Strom 1050 (M6) tampil dengan warna baharu, prestasi kembara sama

Suzuki V-Strom 1050 (M6) tampil dengan warna baharu, prestasi kembara sama

4

Suzuki Malaysia memperkenalkan V-Strom 1050 terbaharu dengan kemas kini warna dan grafik yang memperkukuh identiti jelajah kembara (adventure touring) yang makin menjadi kegemaran ramai.

Dibina khas untuk penunggang yang mementingkan jarak perjalanan, keselesaan dan kawalan, V-Strom 1050 sangat tepat untuk dijadikan teman setia setiap laluan.

Model ini ditawarkan dalam tiga kemasan warna menarik:

  • Metallic Oort Gray
  • Metallic Mat Steel Green
  • Glass Sparkle Black

Kemas kini versi ini bukan hanya terletak kepada rupa luaran, malah ia turut disertakan nilai lebih hebat.

Setiap pembelian dilengkapi Set Kotak Simpanan Sisi Aluminium Tulen Suzuki, menambahkan lagi praktikaliti dan keupayaan jelajah terus dari bilik pameran.

Direka untuk menakluk setiap bentuk rupa bumi, V-Strom 1050 menyediakan prestasi mantap, sistem elektronik canggih dan keselesaan jarak jauh yang memberi kepuasan tunggangan kembara sebenar.

Harga jualan ditetapkan RM78,900, (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran).

Harga ini tidak termasuk wilayah Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).

Sebagai model kembara kapasiti terbesar daripada Suzuki, ia menampilkan pengendalian mudah serta keselesaan luar biasa, setanding dengan saudara kembarnya yang berkapasiti 800cc.

Ciri-Ciri Utama:

  • Enjin: 1,037cc, 4-lejang, penyejukan cecair, DOHC, 90° V-Twin
  • Kuasa: 107.4 PS (79 kW) @ 8,500 rpm; Tork 100 Nm @ 6,000 rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan constant mesh dengan quick shifter dwiarah
  • Kapasiti Bahan Api: 20.0 L
  • Berat Kasar (Curb Weight): 242 kg
  • Ketinggian Tempat Duduk: 855 mm
  • Jarak Kelegaan Bumi: 165 mm

Bagi menambahkan keselesaan dan ciri keselamatan pula, model ini ditawarkan dengan 

  • Suspensi Hadapan: Teleskopik Terbalik (Inverted), spring gelung, redaman minyak (KYB)
  • Suspensi Belakang: Jenis link, spring gelung, redaman minyak
  • Roda/Tayar: Rim aluminium tuang 19-inci hadapan (110/80R19), 17-inci belakang (150/70R17)
  • Paparan TFT Berwarna 5-inci: Paparan resolusi tinggi dengan menu yang mudah dibaca
  • Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.): Termasuk Motion Track Brake System (ABS sensitif condong), Slope Dependent Control, Load Dependent Control, dan Hill Hold Control
  • Kawalan Cengkaman (Traction Control): Sistem 3-mod (+ pilihan tutup)
  • Mod Tunggangan: Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) 3-mod
  • Pencahayaan: Lampu hadapan dan lampu belakang LED
  • Penghadang Angin (Windscreen): Boleh dilaras secara manual mengikut kesesuaian semasa menunggang.

Untuk maklumat lanjut mengenai jentera lasak serba tangkas ini boleh layari laman web rasmi Suzuki Malaysia di http://www.suzuki.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here