Gamers boleh akses PS Remote Play dari dalam EV ini secara percuma kelak

5

Kereta elektrik hasil kerjasama antara Sony dan Honda, Afeela 1 bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

Menariknya, dengan harga bermula dari $89,900 (RM364 ribu), anda boleh mengakses fungsi PS Remote Play secara percuma dari dalam kereta.

Fungsi ini membolehkan anda memainkan apa jua permainan PlayStation 5/PlayStation 4 menerusi skrin infohibur tengah atau skrin belakang di mana jua – dengan syarat mempunyai kelajuan sambungan internet sekurang-kurangnya 5Mbps.

Mahukan permainan yang lebih stabil dan lancar, kelajuan internet perlulah sekurang-kurangnya 15Mbps.

Menurut presiden dan CEO Sony Honda Mobility, Izumi Kawanishi berkata, “pengenalan PS Remote Play menggambarkan visi Afeela untuk mobiliti: mengubah ruang perjalanan menjadi satu ruang yang penuh emosi dan menawan.

“Menerusi penyatupaduan ini, kami meningkatkan lagi pengalaman perjalanan pelanggan ke satu aras yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Afeela 1 dikuasakan oleh sistem dua motor elektrik dan sistem pacuan semua roda yang mampu menjana kuasa setinggi 483 hp.

Pek bateri 91 kWh pula menawarkan jarak pandu sejauh 480 km untuk sekali cas.

Siapa sangka, idea yang pernah muncul pada filem The Fast and Furious tahun 2001 kini bakal menjadi kenyataan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here