Jaecoo J5 EV laris di Thailand & Indonesia – Bila giliran Malaysia?

5
JAECOO E5 versi UK

Trend global kenderaan tenaga baharu terus berkembang, dan Jaecoo J5 EV mencatat pertumbuhan yang baik. SUV elektrik ini meraih prestasi jualan yang positif di beberapa pasaran seperti Thailand dan Indonesia.

Jaecoo J5 EV berada dalam lingkungan saiz Honda HR-V dan Proton X50 dengan ukuran panjang 4.38 meter, lebar 1.86 meter dan tinggi 1.65 meter.

Di United Kingdom, SUV ini dikenali sebagai Jaecoo E5.

Jaecoo E5 dan Jaecoo 5 (ICE) versi UK

Prestasi Di Thailand

Thailand merupakan pasaran EV paling matang dan kompetitif di Asia Tenggara, dengan pengguna yang sensitif terhadap nilai, ruang dan kos.

Sejak dilancarkan pada Ogos, minat terhadap J5 EV terus meningkat.

Pada bulan November, J5 EV mencatat 2,498 unit jualan dan pendaftaran, sekali gus mencapai pencapaian berganda dalam segmen kenderaan elektrik.

Model ini turut menjadi antara BEV paling popular di pasaran tempatan.

Maklum balas daripada pandu uji banyak menumpukan kepada aspek rekaan, ruang dan kemudahan penggunaan.

Jaecoo E5 versi UK

Prestasi Di Indonesia

Dalam tempoh 27 hari selepas pelancaran pada 3 November, J5 EV mencatat 532 unit jualan, menyumbang hampir 50 peratus daripada jualan jenama pada bulan tersebut.

Jumlah jualan keseluruhan OMODA & JAECOO di Indonesia mencecah 1,127 unit, meningkat 29 peratus bulan ke bulan, dengan J5 BEV menjadi penyumbang utama pertumbuhan.

Rekaan luaran, ruang dalaman luas dan penggunaan tenaga rendah menjadikan J5 EV tumpuan keluarga muda, khususnya dalam penggunaan kerap seperti ulang-alik bersama dan aktiviti keluarga.

Faktor Penerimaan Pengguna Asia Tenggara

Jaecoo E5 versi UK

Walaupun terdapat perbezaan dari segi kematangan pasaran, infrastruktur dan keutamaan pengguna antara Thailand dan Indonesia, kejayaan J5 EV disokong oleh faktor utama yang sama.

Model ini menawarkan ruang kabin luas, storan fleksibel dan penggunaan tenaga rendah, selain keseimbangan dari segi ciri pintar, keselesaan pemanduan dan kemudahan penggunaan.

Satu lagi faktor yang memainkan peranan penting ialah reka bentuk J5 EV itu sendiri.

Spesifikasi & Harga: Indonesia

Ditawarkan dalam dua varian untuk 1,000 pelanggan terawal:

  • Standard: 249.9 juta rupiah (RM63,000)
  • Premium: 299.9 juta rupiah (RM75,000)

Spesifikasi utama:

Jaecoo E5 versi UK
  • Bateri 60.9 kWj
  • Motor elektrik hadapan 211 ps/ 288Nm (155 kW)
  • Pecutan 0–100 km/j: 7.7 saat
  • Jarak pemanduan sehingga 461 km (NEDC)
  • Pengecasan pantas DC 130 kW, 30–80% dalam 28 minit

Spesifikasi & Harga: Thailand (CBU China)

Harga promosi untuk 1,000 unit terawal:

  • Dynamic: 549,000 baht (RM71,000)
  • Max: 599,000 baht (RM78,000)

Spesifikasi utama:

  • Bateri 58.9 kWj
  • Jarak pemanduan 461 km (NEDC) / 400 km (WLTP)
  • Motor elektrik hadapan 211 ps/ 288Nm
  • 0–100 km/j: 7.7 saat
  • Kelajuan maksimum 175 km/j
  • Pengecasan DC 80 kW, AC 11 kW

Perkembangan Global dan Tempatan

Jaecoo J5 di Malaysia

J5 EV dijadualkan dilancarkan di beberapa pasaran utama termasuk Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin dan bagaimana pula dengan pasaran tempatan?

Belum ada makluman mengenainya dan seperkara menarik, tempahan untuk model kembar iaitu Jaecoo J5 dengan enjin 1.5 liter turbo sudah pun dibuka.

SUV ini dijangka dijual pada harga sekitar RM120 ribu.

Jaecoo E5 versi UK

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here