
Ini mungkin satu berita buruk buat kaki-kaki DIY yang gemar membaiki kenderaan sendiri.
Bayangkan satu hari nanti, segala perkakasan dan alat DIY yang anda sudah kumpul sekian lama tidak lagi berguna hanya kerana tindakan BMW mengubah rekaan kepala bolt.
Menurut laporan daripada VisorDown, BMW telah memfailkan paten baharu untuk rekaan kepala bolt yang menyerupai logo jenama itu.
Ini bermakna, anda tidak boleh sewenang-wenangnya membuka bolt tersebut dengan menggunakan Allen key atau Torx screw.
Hanya alat khas sahaja akan dibenarkan untuk membuka bolt rekaan roundel ini.
Mungkin dengan cara ini BMW mungkin mahu lebih ramai pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis untuk diperiksa dan dibaiki oleh mekanik. bertauliah berbanding membuat sendiri proses pembaikan di rumah.
Usah risau kerana bolt rekaan logo BMW ini masih lagi di dalam fasa paten dan belum sedia untuk muncul di mana-mana kereta produksi pada masa ini.



