Bos BMW akui tiada permintaan terhadap motosikal elektrik

13

Seperti yang anda maklum, BMW Motorrad telah menghasilkan beberapa buah skuter berkuasa elektrik yang sudah boleh dibeli di pasaran.

Namun begitu, pengeluar tersebut tidak begitu berminat untuk menghasilkan motosikal atau dirtbike berkuasa elektrik, disebabkan tiada permintaan terhadap segmen tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh CEO-nya, Markus Flasch dalam temubual bersama Common Tread.

“Buat masa ini, kami tidak melihat permintaan yang sebenar untuk segmen motosikal elektrik.”

Ketika ditanya tentang perancangan BMW di dalam arena sportbike, Flasch mendedahkan, “anda boleh tunggu dan lihat kemunculan sebuah model yang lebih kecil berbanding jentera 1,000 cc (S 1000 RR). Namun, masih terlalu awal untuk berbicara tentang itu.”

Jelasnya lagi, BMW tidak mempunyai perancangan untuk menawarkan enjin empat silinder sebaris untuk model selain segmen 1,000 cc.

Ini bermakna, model baharu yang dimaksudkan itu berkemungkinan besar akan menggunakan enjin parallel-twin 895 cc yang sama digunakan pada F 900 XR.

BMW juga tidak berminat untuk menceburi arena motocross/enduro seperti yang dilakukan oleh pesaingnya Triumph dan Ducati.

Ini mungkin satu perkembangan yang mengejutkan apatah lagi jenama itu terkenal dengan acara berprestij GS Trophy.

Namun menurut Flasch, keputusan itu didorong oleh pemintaan pelanggan sedia ada.

Jelasnya, kebanyakan penunggang BMW menyukai jentera siri GS yang lebih mesra off-road, tapi mereka tidak mahu sebuah ‘dirt bike’ yang serius sepenuhnya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here