Utama Berita Automotif Malaysia tidak jual minyak kepada negara Asean

Malaysia tidak jual minyak kepada negara Asean

11

Malaysia tidak melakukan sebarang jualan minyak ke negara-negara anggota ASEAN kerana masih perlu mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata walaupun Malaysia bernasib baik dari segi status sebagai sebuah negara pengeluar minyak, namun realitinya negara ini masih dianggap pengimport bersih berikutan keperluan.

“Memandangkan kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong sehari, (maka) kita tidak boleh menjual (minyak),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jika ada negara anggota ASEAN meminta Malaysia menjual minyak susulan krisis bekalan global ketika ini.

Menjelaskan selanjutnya, Johari keadaan sebaliknya bagi gas asli cecair (LNG) yang mana Malaysia masih berperanan sebagai pengeksport bersih bahan berkenaan.

“Lebihan yang kita ada daripada LNG ini dapat membantu dari segi menampung kekurangan minyak mentah,” katanya.

Selain itu, Johari berkata kerajaan Malaysia pada masa ini masih mampu mengekalkan harga bahan api RON95 pada paras RM1.99 seliter.

Beliau berkata walaupun Malaysia sepertimana negara-negara lain yang terjejas akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan, impaknya masih mampu diuruskan.

“Kita berharap agar perang ini segera berakhir walaupun tiada siapa pun yang dapat menjangkakan bila itu akan berlaku,” kata beliau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here