PM: Elon Musk setuju buka ibu pejabat di Cyberjaya

456

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk menyatakan persetujuan untuk membina sebuah ibu pejabat di Cyberjaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan suatu perkembangan yang sangat baik terutama tentang peningkatan dalam kenderaan elektrik di Malaysia.

“Tentang Starlink, tentang akses rangkaian internet, itu kita bersetuju. Ini akan memberikan ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah, universiti dapat akses langsung internet dengan murah.



“Kemudian tentang SpaceX, tiga syarikat Malaysia telah terlibat dalam projek itu. Maknanya persetujuan dia untuk melabur secara besar dan dia memberi pengakuan untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Starlink, SpaceX Dan EV akan melibatkan puluhan ribu tenaga kerja mahir (di Malaysia),” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here