Utama Berita Automotif Shell rai ulang tahun ke-135, tawar pelbagai ganjaran nilai RM1.35 juta

Shell rai ulang tahun ke-135, tawar pelbagai ganjaran nilai RM1.35 juta

8

Shell Malaysia meraikan ulang tahun ke-135 tahun ini dengan komitmen baharu untuk terus menghargai rakyat Malaysia menerusi pelbagai tawaran bernilai di bawah kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’.

Sempena detik bersejarah ini, Shell menyediakan ganjaran bernilai RM1.35 juta melalui peraduan peringkat nasional yang direka untuk meraikan perjalanan harian pelanggan.

Shell Malaysia bukan hanya menawarkan bahan api, tapi Inovasi berterusan seperti Shell FuelSave bagi membantu rakyat Malaysia melalui pengalaman perjalanan lebih jauh dengan setiap isian.

Shell V-Power pula membawakan prestasi bertaraf perlumbaan hasil kerjasama inovasi jangka panjang bersama Scuderia Ferrari HP, terus kepada pemandu di seluruh negara.

Shell turut memperluas rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi menerusi Shell Recharge bagi menyokong komuniti EV yang semakin berkembang di Malaysia.

Rangkaian minyak pelincir Shell kekal dipercayai jutaan pengguna di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No 1 dunia selama 19 tahun berturut-turut .

Selain bahan api, Shell Malaysia terus mempertingkat pengalaman di stesen melalui Shell Select dan Shell Café, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia yang sentiasa bergerak.

Pelanggan boleh menikmati kopi bergaya barista, pastri yang baru dibakar, serta pelbagai pilihan makanan, minuman dan keperluan harian yang menarik.

Sempena ulang tahun ini, Shell Select memperkenal rangkaian tawaran nilai terbaik baharu merentasi rangkaiannya – daripada keperluan harian hinggalah makanan sedia dimakan kegemaran ramai – semuanya direka untuk membantu pelanggan mendapat lebih nilai dengan setiap kunjungan.

Shell menerajui inisiatif ini melalui kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta’, yang membawakan pengalaman ‘buka & menang’ yang menarik di Shell Select.

Berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500, serta pelbagai ganjaran eksklusif lain.

Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan sepanjang tempoh peraduan, yang memberikan lebih banyak peluang kepada pelanggan membawa pulang hadiah dengan setiap pembelian botol Water2Go.

Keseluruhan inisiatif ini memperkukuh komitmen Shell dalam menawarkan lebih penjimatan, kemudahan dan pengalaman harian yang lebih menarik untuk rakyat Malaysia.

Pengurus Besar, Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming berkata, sambutan ulang tahun kali ini bukan sekadar melihat sejauh mana mereka melangkah, tetapi untuk memperkukuhkan komitmen syak untuk terus maju bersama pelanggan dan komuniti.

“Dengan tema ‘Mencetus Potensi Sejati’… ia mencerminkan usaha berterusan Shell dalam menawarkan nilai sebenar, kemudahan dan pengalaman yang membantu rakyat Malaysia menikmati lebih manfaat dalam setiap perjalanan, bukan sahaja hari ini, tetapi juga pada masa hadapan,” katanya.

Selepas 135 tahun berkembang di Malaysia, Shell kekal komited untuk terus menjadi jenama ‘Mencetus Potensi Sejati’ untuk rakyat Malaysia.

Seiring dengan perubahan keperluan pelanggan, Shell akan terus berinovasi, memperluaskan penawaran, serta meningkatkan pengalaman pelanggan demi menyokong perjalanan yang lebih baik dan membina hubungan berkekalan dengan komuniti di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here