Utama Berita Automotif Toyo Proxes Comfort tayar paling lengkap untuk semua permukaan jalan, cuaca

Toyo Proxes Comfort tayar paling lengkap untuk semua permukaan jalan, cuaca

8

Seiring dengan permintaan terhadap kenderaan mobiliti moden yang makin meningkat, pemandu di Malaysia kini memberikan keutamaan terhadap aspek keselamatan, kecekapan, dan keselesaan harian.

Berdasarkan data dari Car Fuel Type Summary (2000-2025), penggunaan kenderaan elektrik melonjak lebih 300 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, mencerminkan peralihan jelas dalam keperluan dan jangkaan pemanduan.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye, Toyo Tires bakal memperkenalkan tiga model tayar baharu dalam siri Proxes dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Setiap satunya dibangunkan untuk menyokong tuntutan prestasi mobiliti moden.

“Proxes Comfort adalah model pertama yang dilancarkan di bawah strategi ini, menandakan detik penting dalam pelan hala tuju produk Toyo Tires di Malaysia,” katanya.

Proxes Comfort Serba Baharu

Proxes Comfort serba baharu mewakili generasi seterusnya bagi barisan tayar berkeselesaan unggul keluaran Toyo.

Dibangunkan di Jepun, Proxes Comfort direka khas untuk mobiliti moden, menggabungkan reka bentuk termaju dengan teknologi terkini bagi memberikan pengalaman pemanduan selamat, selesa, dan berkeyakinan di pelbagai permukaan jalan serta keadaan cuaca di Malaysia.

Direka bagi memenuhi tiga kualiti utama dicari pemandu Malaysia – cengkaman basah yang kuat untuk menghadapi hujan lebat, pengendalian stabil ketika mengambil selekoh, serta pemanduan yang selesa untuk perjalanan jauh – Proxes Comfort memenuhi semua kemahuan itu.

Melalui gabungan reka bentuk bunga tayar yang maju, tekanan sentuhan yang dioptimumkan, serta struktur tayar yang diperhalusi, model ini melengkapkan cita rasa pengguna.

Ciri-ciri Utama dan Manfaat

Teras utama Proxes Comfort terletak pada gabungan sebatian bunga tayar yang maju, struktur dalaman diperkukuh, serta corak bunga tayar yang dioptimumkan.

Secara kolektif, elemen ini memberikan kestabilan kelajuan lebih baik dan prestasi membrek unggul dalam keadaan basah mahupun kering.

Kestabilan Kelajuan Dipertingkat

Profil tayar dioptimum mengurangkan tekanan pada bahagian manik dan pinggiran tali pinggang(bead and belt edge), sekaligus memastikan sentuhan permukaan jalan konsisten pada kelajuan tinggi dan semasa mengambil selekoh.

Ini menyumbang kepada kestabilan lebih tinggi ketika menukar lorong, selekoh tajam dan pemanduan lebuh raya berterusan, terutamanya di bawah pelbagai keadaan bebanan.

Pengendalian dan cengkaman basah dan kering yang unggul

Reka bentuk alur konvensional boleh menyebabkan tekanan sentuhan tidak sekata dan mengurangkan kestabilan membrek.

Proxes Comfort menangani isu ini melalui Dynamic Taper Design oleh Toyo Tires, yang membantu alur mengekalkan sentuhan lebih konsisten pada permukaan jalan.

Ini sekali gus menambah baik agihan tekanan, meningkatkan kekakuan blok serta menyokong kestabilan brek dan pengendalian dalam keadaan basah dan kering, termasuk ketika pemberhentian mengejut, hujan lebat, dan trafik sesak.

Berbanding model terdahulu – Proxes CF 2 – Proxes Comfort berjaya mencapai jarak membrek 8 peratus lebih pendek di litar kering dan 13 peratus lebih pendek di litar basah, sekaligus mengukuhkan fokusnya terhadap keselamatan dalam pelbagai kondisi jalan raya.

Tayar Proxes Comfort untuk kereta penumpang dan SUV kini tersedia dalam 14 saiz, dengan diameter rim bermula dari 16 hingga 19 inci, dan lebih banyak saiz akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kebanyakan varian memiliki penarafan Extra Load (XL), yang menyokong keperluan berat kenderaan elektrik (BEV), hibrid (HEV), dan hibrid plug-in (PHEV).

Antara saiz yang ditawarkan, 11 daripadanya adalah sedia-EV (EV-ready), dengan penarafan keselesaan pemanduan dan pengurangan bunyi pada tahap 5/5, termasuk prestasi bunyi dioptimumkan untuk EV.

Direka terutamanya untuk kenderaan segmen B, C, dan E, Proxes Comfort sangat sesuai untuk pemandu yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh dan menghabiskan masa lama di lebuh raya.

Harga jualan runcit disyorkan bermula dari RM279 hingga RM698, bergantung kepada saiz.

Saiz Tayar Proxes Comfort

Saiz Rim Saiz Tayar EV Sedia

16” 185/55 R16 87V XL •

17” 205/50 R17 93W XL •

215/60 R17 100V XL •

225/55 R17 101W XL •

225/65 R17 106V XL •

18” 215/55 R18 99V XL •

225/50 R18 95W

225/55 R18 102W XL •

225/60 R18 104W XL •

235/50 R18 101W XL •

235/55 R18 100V

235/60 R18 107V XL •

245/45 R18 100W XL •

19” 225/55 R19 99V

Melalui Proxes Comfort, Toyo Tires menawarkan gabungan prestasi, keselamatan, dan keselesaan pemanduan harian seimbang untuk jalan raya di Malaysia.

Tayar Proxes Comfort kini boleh didapati di pasaran, dan pemandu boleh mengunjungi pengedar Toyo Tires terdekat untuk merasai sendiri kehebatannya.

Maklumat lanjut mengenai Proxes Comfort boleh diperoleh melalui laman web rasmi, Facebook, Instagram atau TikTok Toyo Tires. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here