Utama Berita Automotif JPJ tahan lori tayar ‘botak’ bawa muatan berlebihan

JPJ tahan lori tayar ‘botak’ bawa muatan berlebihan

10

Sengaja mengundang maut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Baling menahan sebuah lori yang membawa muatan secara berbahaya dalam operasi penguatkuasaan kenderaan lebih muatan di KM1 Jalan Keledang–Tawar, semalam.

Dalam kejadian itu, kenderaan berat berkenaan bukan sahaja dikesan membawa muatan melebihi kapasiti, malah menggunakan tayar yang haus berlebihan atau ‘botak’. 

Susulan kegagalan mematuhi peraturan, pihak JPJ telah mengambil tindakan dengan mengenakan ‘hukuman’ serta-merta di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antara notis yang dikeluarkan termasuklah:

  • Notis Saman P22 (Kesalahan utama)
  • Notis Arah Periksa S61(1) (Wajib diperiksa semula)
  • Notis Saman PG1 (Kesalahan teknikal)
JPJ Negeri Kedah memandang serius kesalahan melibatkan lebih muatan dan muatan berbahaya kerana berpotensi menyebabkan kemalangan serta kerosakan infrastruktur jalan raya.
 
“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan semua pengguna sentiasa terjamin,” menurut kenyataan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here