Utama Berita Automotif WMoto Hawk 200 motosikal dual-purpose harga mampu milik

WMoto Hawk 200 motosikal dual-purpose harga mampu milik

7

MForce Bike Holdings memperkenalkan motosikal jenis dual-purpose mampu milik menerusi WMOTO Hawk 200 yang ditawarkan dengan harga RM7,888.

Hawk 200 adalah alternatif kepada SX-2 300 yang sebelum ini hanya boleh diguna pakai oleh pemegang lesen B (full).

Motosikal ini dikuasakan enjin satu silinder 200cc SOHC, berupaya menjana 16.32hp pada 8,000rpm dan 15Nm pada 7,000rpm.

Dilengkapi spesifikasi asas, namun Hawk 200 tetap didatangkan dengan ciri keselamatan penting antaranya ABS secara standard serta pencahayaan LED penuh.

Model ini juga praktikal dengan adanya slot USB bagi memudahkan penunggang mengecas peranti.

Berat keseluruhan Hawk 200 ini adalah 132kg dengan tangki bahan api berkapasiti 8L.

Ketinggian tempat duduk pula adalah 830mm, 10mm lebih rendah berbanding CFMoto 250 Dual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here