Bugatti Veyron Cristiano Ronaldo rosak rempuh tembok, mujur bukan dia pandu

1062

Hypercar milik Cristiano Ronaldo terbabit dengan kemalangan di Majorca, Sepanyol, namun bukan beliau yang memandunya.

Bugatti Veyron itu dilaporkan dipandu pengawal peribadinya yang merempuh tembok kediaman di Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca, di mana Ronaldo sedang bercuti bersama keluarganya.

Pemandu berkenaan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikatakan sudah menandatangani laporan kemalangan.



“Seorang pekerja Cristiano sedang memandu ketika itu dan bukan Cristiano. Dia tidak berada di tempat kejadian ketika pegawai tiba,” kata pihak polis.

Bugatti Veyron berkenaan adalah hadiah harijadi daripada pasangannya – yang diterbangkan dari Manchester untuk percutian itu.

Secara keseluruhan, Bugatti hanya menghasilkan 450 unit Veyron, namun sebahagian besar dari jumlah legenda top speed itu adalah model edisi khas.

Untuk makluman, Veyron dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 987hp dan 1,250Nm tork. Ia digabungkan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac dan sistem pacuan semua-roda (AWD).

Pada 19 April 2005, Bugatti Veyron mencatat kelajuan maksima 408.47km/j di litar ujian Kumpulan Volkswagen di Ehra-Lessien. Ianya merupakan kereta produksi pertama yang berjaya mencapai kelajuan melebih 400km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here