Honda Malaysia panggil semula 1,527 unit, City, City Hatchback, HR-V dan BR-V

167

Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula beberapa model membabitkan City, City Hatchback, HR-V dan BR-V dalam langkah keselamatan berjaga-jaga kepada pelanggannya.

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa semua model pengeluaran dan penjualan semasa tidak terjejas dalam penarikan balik produk ini. 

Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.

Panggil semula itu perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia.

Pemeriksaan tork nat pada Penjana Arus Ulang-alik (ACG)

Panggil balik itu adalah langkah keselamatan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nat pada terminal ACG pada enjin.

Jom Baca:   Ini peluang anda untuk menangi 9 buah kenderaan Honda!

Ini boleh menyebabkan terminal sentuhan yang lemah dan kerosakan bateri yang boleh menyebabkan enjin terhenti ketika memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti.

Model yang terjejas sebanyak 1,068 unit membabitkan City keluaran 2021 dan City Hatchback keluaran 2022. 

Pemeriksaan bolt bumi yang tidak ketat 

Ini adalah langkah keselamatan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan bolt bumi yang boleh menyebabkan wayar longgar. 

Ia boleh menyebabkan terminal sentuhan yang lemah dan boleh mengakibatkan enjin terhenti ketika memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti. 

Jom Baca:   Jualan kereta Jepun di Korea Selatan merudum

Model yang terjejas sebanyak 343 unit bagi HR-V keluaran 2020 dan 116 unit Model Tahun BR-V 2021.

Semua pelanggan terjejas bakal dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dengan butiran panggil balik produk.

Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah untuk membuat temujanji.

Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka mengenai penarikan balik produk ini dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Jom Baca:   Honda Accord laku keras! Varian 1.5 TC-P paling popular, pegang 40 peratus pasaran

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here