Ronaldo mahu jual jet peribadi Gulfstream G200, harga RM103.8 juta

2331

Di tengah isu soal masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United yang masih misteri, dikhabarkan pemain bola sepak berkenaan ingin melepaskan jet peribadi miliknya.

Menurut The Sun, Cristiano Ronaldo ingin menjual Gulfstream G200 pada harga £20 juta (RM103.8 juta). Bintang Manchester United berusia 37 tahun itu membeli pesawat peribadi berkenaan pada 2015.



Gulfstream G200 Ronaldo memberikan perkhidmatan dengan baik yang membawanya bercuti sekitar Eropah bersama kekasih, Georgina Rodriguez dan anak-anak.

Penyerang itu juga menggunakan pesawat itu untuk terbang berulang-alik ke Portugal dengan kerap. 

Walaupun pesawat itu boleh memuatkan antara lapan hingga sepuluh orang, tujuan Ronaldo melepaskan jet peribadi itu bukanlah kerana wang di bank berkurangan melainkan ingin menaiktaraf kepada jet lebih besar. 

Selain itu, Ronaldo sering menyewakan jet itu dengan kadar antara £5000-£8500 (RM25,965-RM44,140) sejam. Pesawat berkenaan hanya dikeluarkan sebanyak 250 unit sebelum pengeluaran tamat pada 2011.

Pembeli bertuah akan mendapatkan pesawat mewah yang dipenuhi dengan kemudahan, termasuk Wi-Fi, telefon, mesin faks, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan sistem hiburan. 

Dinamakan sebagai ‘Real Madrid’, Ronaldo membeli jet peribadi berkenaan ketika masih berseragam Real Madrid. Pesawat itu dihasilkan dengan nombor siri 145 pada 2006, tetapi diperbaharui pada 2019. 

Pesawat kelas super sederhana itu memiliki lebar 2.19 meter dan panjang 7.44 meter. Kabin pesawat dilengkapi dengan tiga tempat duduk divan, tiga katil, dan sudah tentu tandas.

Ia juga boleh mencapai julat penerbangan sehingga 6,300km yang membolehkan Ronaldo meluncur antara bandar dengan lancar.

Pesawat itu mampu terbang dengan jarak penerbangan 6,292km dan kelajuan kruise tinggi hingga 900kmj. Selain G200, Ronaldo juga memiliki G650. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here