Hadiah Proton Persona buat isteri, netizen nampak nombor plat ‘kayangan’

1659

Seorang pembantu jualan (SA) Proton berkongsi momen istimewa apabila seorang pakcik cina menghadiahkan Proton Persona buat isterinya.

Menerusi video ringkas akaun TikTok @lilie_proton84 itu, dia berkongsi situasi tersebut sudah dirancang bersama pakcik berkenaan.

@lilie_proton84

Umur bukan penghalang utk romantic πŸ’•πŸ’•#lilieproton #protonmalaysia #protonutara #persona #proton

♬ original sound – πŸ…»πŸ…ΈπŸ…»πŸ…ΈπŸ…΄ πŸ…ΏπŸ†πŸ…ΎπŸ†ƒπŸ…ΎπŸ…½ – πŸ…»πŸ…ΈπŸ…»πŸ…ΈπŸ…΄ πŸ…ΏπŸ†πŸ…ΎπŸ†ƒπŸ…ΎπŸ…½



“Awal-awal tu uncle berlakon dengan sis kononnya nak tengok kereta nak survey, tetapi nak beli hadiah untuk wife untuk buat surprise,” tulisnya.

Pada video berkenaan menunjukkan Lilie berkongsi maklumat tentang produk tersebut sementara pasangan berkenaan meneliti bahagian kabin dan luaran kereta.

Bagaimanapun, isteri pelanggan berkenaan terkejut setelah mengetahui kereta Proton Persona varian Premium tersebut adalah miliknya.Β Bahkan sehingga ke akhir video dia masih belum mempercayai kejutan yang diberikan oleh suaminya.

Namun, lain pula yang netizen perhatikan apabila mendapati nombor plat Proton Persona tersebut mempunyai nilai yang tinggi. Harga nombor plat 8888 berkenaan boleh mencapai Β  belasan hingga puluhan ribu ringgit.Β 

“Tengok plate number dah tau dompet tebal mana.”

“Plate dia sja power btul hahahahah.”

“Berapa yer harga uncle ni menang bid itu plate number??uii..kaya kaya…”

“Uncle in low key kaya.. tengok nombor plat dah tau…”

Β 

Β 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here