Proton Persona facelift 2021 – Perubahan rupa dan transmisi?

8144

Selepas melancarkan X50, Proton akan memperkenalkan dua lagi model yang bukan rebadge untuk beberapa tahun akan datang. Perkara ini diumumkan oleh Dr Li Chunrong daalam satu sesi soal-jawab bersama Astro Awani.

Pada masa yang sama, kini terdapat dua model dengan pelekat samaran (camouflage) yang banyak kali dilihat melalukan ujian di jalan. Bukan kebetulan, kan?



Ya betul, dua model itu adalah Proton Iriz dan Persona. Dan untuk artikel ini, kita akan lihatkan apakan perubahan atau pembaharuan yang bakal diberikan pada Persona.

Memetik laporan Wapcar.my, jangkaan awal adalah perubahan pada kosmetik dan kemungkinan pada aspek teknikal. Untuk kosmetik, Persona 2021 dijangka mendapat rekaan bampar dan lampu belakang baharu.

Untuk teknikal pula, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Persona akan menggantikan transmisi CVT yang sering menerima keluhan pengguna kepada unit automatik 4-kelajuan jenis torque converter.

Ini menjadikan Persona sebagai model kedua yang melalui perubahan transmisi itu selepas model Saga 2019. Kami jangkakan juga Persona akan menerima penalaan transmisi 4AT sedikit berbeza dari Saga.

Sementara itu melalui gambar-gambar intipan di Wapcar.my dan The Ajerul, Proton Persona facelift juga mungkin akan dilengkapi dengan sistem infotainmen jenis skrin terapung seperti Saga.

Boleh juga dikatakan sistem itu akan mendapat perisian GKUI (Geely Key User Interface) yang sama atau lebih terkini dari Proton X50, cuma fungsinya lebih terhad.

Selain itu, kita juga bakal melihat Persona mendapat lampu depan LED (akhirnya!). Dan jika masih ada lampu halogen pun, mungkin hanya pada varian bawah.

Dari segi varian, mungkin semua masih akan dikekalkan pada Persona 2021 ini, termasuk pilihan transmisi manual. Dengan segmen-B kini tiada lagi pilihan manual, tawaran ini pada Persona boleh membawa nilai yang baik untuk Proton.

Proton Persona sedia ada baru sahaja dinaiktaraf pada April 2019 selepas mula diperkenalkan pada 2016. Jadi dengan facelift 2021 ini pasti dapat mengekalkan daya saing model ini dalam pasaran.

Berkenaan Iriz pula, dilaporkan bahawa hatchback itu akan dijadikan model Iriz Active dengan panel-panel badan gaya crossover untuk nampak lebih rugged.

Foto: Wapcar.my dan The Ajerul

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here