Adakah ini dia gambar kabin Proton X50?

11817

Proton X50 sememangnya ditunggu oleh ramai orang, sama ada bakal pembeli atau pengikut perkembangan dunia automotif.

Terbaharu, imej ruang dalaman SUV segmen-B Proton itu dikongsi oleh laman Facebook The Ajerul, iaitu pereka grafik kereta.



Seingat kami, inilah kali pertama kita dapat melihat ruang dalaman Proton X50 itu, lengkap dengan logo Proton baharu pada roda stereng.

Walaupun telah diubah menjadi pemanduan sebelah kanan (RHD), rekaan papan pemukanya tidak jauh berbeza dengan rekaan pada kenderaan asal Geely Binyue.

Selain dari roda stereng, penukaran dari pemanduan kiri (LHD) kepada RHD juga termasuklah bar genggam pada konsol tengah, kedudukan tombol gear, dan susunan butang.

Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada bentuk dalaman ini adalah imej sebenar atau lakaran Proton X50. 

Menurut laman Wapcar.my, kesahihan gambar ini diragui kerana jika dilihat dengan lebih dekat, tuil di sebelah kiri itu adalah untuk penggilap cermin. Ini berlawanan dengan kebiasaan Proton yang meletakkan tuil lampu di sebelah kiri, dan penggilap cermin di sebelah kanan.

Selain itu, logo pada roda stereng juga kelihatan pelik dan kurang ‘tajam’ fokusnya berbanding bahagian lain dalam kabin itu.

Kami di Motoqar.com sendiri agak ragu-ragu jika Proton benar-benar ingin menggunakan kemasan kulit berwarna merah gelap (maroon) pada X50 ini. Rakyat Malaysia berani ke pakai warna ini untuk kemasan dalam?

Warna sebegini mungkin sesuai pada kenderaan lebih mewah berharga RM300,000 dan ke atas seperti Mercedes, Maserati atau Ferrari. Jika kenderaan biasa berharga bawah RM200,000, kami yakin kebanyakan kita lebih gemar memilih warna ‘selamat’ seperti hitam, kelabu atau coklat.

Apa pendapat anda? Adakah ini imej yang sahih?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here