Volkswagen Group rancang jual Lamborghini dan Ducati

1594

Untuk memberi tumpuan terhadap penghasilan kereta elektrik secara besar-besaran, Volkswagen Group sedang berkira-kira untuk menyingkirkan atau menjual jenama Lamborghini dan Ducati dari kumpulan mereka.

Volkswagen Group lamborghini ducati

Menurut CEO Volkswagen Group, Lamborghini, Ducati dan Italdesign difahamkan akan digabungkan dibawah satu struktur yang akan memudahkan Volkswagen untuk proses menyerahan kepada pemilik baharu di masa akan datang.



Tambahnya, tiada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara ini dan ia mungkin satu proses yang agak perlahan, namun ia kekal menjadi fokus di dalam agenda mereka.

Sebelum ini, terdapat beberapa sumber yang mengatakan Volkswagen sedang merancang untuk membuat tawaran terhadap ketiga-tiga jenama tersebut.

Volkswagen Group lamborghini ducati

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Volkswagen Group, Frank Witter, usaha untuk menyelaraskan struktur syarikat dibawah Volkswagen Group sedang dijalankan, dan tidak menyatakan bila projek ini akan berhasil. 

Kenyataan tersebut dibuat setelah Volkswagen Group berkata mereka akan meningkatkan pelaburan kepada teknologi kenderaan digital elektrik kepada USD86 bilion (RM352 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here