Pihak berkuasa rampas 41 kereta milik bekas ketua polis Mexico City

1795

Bekas ketua polis Mexico City memiliki 41 buah kereta, tiga jet ski, sebuah all-terrain vehicle (ATV), dan sebuah motosikal.

Kesemua kenderaan tersebut difahamkan dirampas oleh pihak berkuasa Mexico untuk sisatan terhadap tuduhan penyalahgunaan dana untuk tujuan peribadi.

Raymundo Collins

Pada 3 Januari lalu, bekas ketua polis tersebut, Raymundo Collins dituduh menggelapkan sekurang-kurangnya USD331,000 (RM1.3 juta) semasa menjawat jawatan sebagai pengarah Housing Institute Mexico City, dan ditangkap pada 14 Januari.



Dia juga disiasat atas kesalahan membeli hartanah di Alvaro Obregon secara tidak sah dan telah didenda sebanyak USD15.1 juta (RM61.8 juta) atas transaksi yang telah dibuat.

kereta bekas ketua polis

Koleksi kereta Collins merangkumi pelbagai jenis kereta klasik yang paling popular dari setiap era yang berbeza, antaranya ialah Ford Mustang generasi kedua, Corvette C3, Cadillac Eldorado 1959, Lincoln Cosmopolitan 1951, Ford Model T 1927, dan Land Rover Defender.

Untuk makluman, Collins mula berkhidmat sebagai ketua polis pada bulan Julai 2018 dan memegang jawatan itu sehingga Disember 2018.

Seorang hakim di Mexico City difahamkan telah mengeluarkan waran tangkap untuk Collins pada 8 September yang lalu, namun dia difahamkan kini sedang bersebunyi di Amerika Syarikat. Oleh itu, Pejabat Peguam Mexico mengemukakan permintaan ekstradisi dengan Amerika Syarikat untuk menangkapnya.

Menurut jurucakap pejabat peguam Mexico, Collins kini mempunyai waran tangkap kerana jenayah penyalahgunaan dana dan kuasa oleh seorang penjawat awam. Dia juga kini dikehendaki oleh Institut Migrasi Nasional Mexico.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here